Thursday, 6 September 2012

SUARAM DAPAT DANA DARI KEDUTAAN JERMAN..???


Kedutaan Jerman Akui Salur Dana Kepada Suaram


KUALA LUMPUR : Kedutaan Jerman di sini mengaku menyalurkan dana kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Georg Gruber berkata, kedutaan membiayai inisiatif-inisiatif projek spesifik.
"Projek dengan Suaram adalah pada 2010 yang kami telah buat penilaian," katanya dan menurutnya beliau tidak ingat projek itu berkaitan apa dan "jumlah (dana) adalah terhad".
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Malaysia Pahang dan dua syarikat Jerman di sini Rabu.
Siasatan awal oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati wujud transaksi dana antara Suara Inisiatif, yang didaftar di bawah Akta Syarikat 1965, dan Suaram.
SSM telah dikritik oleh beberapa NGO atas dakwaan gagal bertindak terhadap Suaram yang, antara lain mengaku menerima dana daripada negara-negara asing.
Kritikan itu berikutan laporan bahawa Suaram bukan sebuah NGO tetapi sebaliknya adalah sebuah syarikat iaitu Suara Inisiatif Sdn Bhd.
Ketika ditanya sama ada kedutaan itu akan membiayai projek lain Suaram, Duta itu berkata, kedutaan akan mengkaji mana-mana cadangan "mengikut penilaian kami".
"Kami juga menyokong Majlis Peguam berhubung hak masyarakat pribumi. Kamilakukannya setiap masa. Ini adalah sebahagian sistem nilai-nilai kami," katanya. - BERNAMA

{ VIDEO } DARI HISTORY CHANNEL : KEHEBATAN GERUP GERAK KHAS (GGK)

VIDEO: Kehebatan Pasukan Komando Negara, Gerup Gerak Khas (GGK) Dalam History Channel

Gerup Gerak Khas (GGK) merupakan pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan dan memiliki kelas tersendiri di kaca mata pasukan khas terkemuka di dunia.


PEMILIH BARU : 7 LANGKAH PENGUNDIAN.......


KHAS UNTUK MEREKA YANG PERTAMA KALI NAK MEMBUANG UNDI......
TETAPI.... sekiranya anda adalah pemilih yang dah pernah mengundi tapi ingat-ingat lupa  langkah-langkah di tempat pengundian.... apa salahnya kalau nak baca, tambahkan pengetahuan.....
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini telah mengeluarkan panduan mengenai tujuh langkah membuat pengundian dengan betul semasa PRU13 nanti.
Menerusi laman web SPR, panduan berkenaan dikeluarkan melalui lukisan poster berserta maklumat terperinci tentang apakah yang perlu dilakukan oleh pengundi semasa berada di pusat mengundi yang berkenaan.
Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut-
1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.
2. Serahkan MyKad/ Dokumen Pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk periksa dan pastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
3. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar
pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
5. Maju ke petak undo dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon saja.
6. Masukkan kertas undi di dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
7. Keluar segera dari Tempat Mengundi. Jadi bagi mereka yang pertama kali mahu mengundi, panduan ini amat membantu anda untuk mengetahui keadaan sebenar pada hari mengundi nanti.
Selamat menjalankan tanggungjawab anda!
Sumber : The Merdeka Online
Pssst.... Undi BN!!!!!

BANGSA DAN AGAMA AKAN DIHAPUSKAN OLEH PAKATAN PEMBANGKANG....!!!


Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat baru-baru ini dilaporkan telah membuat ketetapan bahawa ruang bangsa dalam semua dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sebagainya akan diisi dengan perkatan Malaysia sahaja sekiranya mereka memerintah negara.  Alasannya ialah untuk memastikan keutuhan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. 


RAKYAT SEMAKIN KURANG AJAR ADALAH KERANA HASUTAN PEMBANGKANG....!!!



Anak muda hasil didikan Pembangkang

Walaupun tindakan kerajaan pakatan pembangkang mengetepikan Sultan Selangor dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri itu dan perbuatan melondeh seluar serta memijak ke atas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka menjelang 31 Ogos lalu mungkin insiden berasingan, ia mempunyai satu persamaan - mencerminkan sifat kurang ajar.


KENAPA..... 'HELLO'....???

Apabila menerima sebuah panggilan telepon, kita kerap mengucapkan kata sapaan "Hello" .... . Di Negara lain, kata sapaan bila menerima telefon bervariasi, seperti Halo (Indonesia), Moshi-Moshi (Jepang), Wei (Cina) dan Yeoboseyo (Korea). 

Pernahkah Anda bertanya kenapa harus kata Hello yang diucapkan? Kenapa bukan kata lain seperti Ya, Ada Apa atau Saya disini? 


Setelah diteliti, kata Hello yang sering diucapkan memiliki makna tolong beri perhatian. Yang jadi pertanyaan, saat menerima telepon wajah orang yang menelefon tidak kelihatan tapi kenapa minta tolong beri perhatian? 

Kenapa kabel telefon melingkar-lingkar dan tidak dibuat lurus saja? Kabel telefon sengaja diciptakan melingkar agar tidak bercelaru ketika tidak digunakan. Kabel yang dibuat melingkar-lingkar akan berfungsi seperti spiral yang boleh  memanjang ketika ditarik dan memendek sendiri ketika tidak digunakan. Selain itu, bentuk melingkar juga mencegah kabel telefon terlipat yang boleh mengakibatkan putusnya kabel telefon. 

Sejak telefon dicipta pertama kali oleh Alexander Graham Bell pada tahun 1877 di AS, komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih menggunakan media transmisi signal elektrik dari jaringan telefon membuat ramai orang kagum. 

Walau sebagai pereka telepon, ironisnya Alexander Graham Bell tidak dapat menelefon isteri dan ibunya. Kedua orang tercintanya itu menderita tunarungu. 

Oleh itu, untuk meminta perhatian pemanggil agar berbicara ketika menelefon, maka digunapakailah suatu kata "Hello" yang bermaksud 'tolong beri perhatian'. Jadi itu juga alasan kenapa ketika pemanggil mendiamkan diri kita selalu mengucapkan kata Hello, Hello, Hellooooooo?? 

Bagaimana pula dengan maksud Halo Moshi-Moshi, Wei dan Yeoboseyo (dari lain-lain negara)? Apakah mereka mempunyai makna yang sama dengan kata Hello? Jawabannya adalah sama, hanya beza bahasanya saja.

Sumber di edit....

Wednesday, 5 September 2012

APA SEBENARNYA KEKECOHAN DI HQ PKR..???

Insiden demo yang bertukar kecoh di ibupejabat Keadilan tadi mendapat pelbagai jenis dan versi laporan berita. 

Seperti biasa, media pro-pembangkang akan menambahrasa serta menambahsensasikan laporan mereka tanpa menceritakan keseluruhannya. Dan memang benar sangkaan kita itu!

Yang gagal atau sengaja tidak dilaporkan oleh pemimpin dan media pro-pembangkang ialah kehadiran beberapa NGO termasuk bukan Melayu! Mereka yang mengepalai demo aman yang bertukar kecoh apabila berlaku cabar-mencabar.

Di bawah adalah laporan berita yang tidak mungkin akan disiarkan oleh pro-pembangkang mengenai insiden demo di depan pejabat Keadilan.

Malah, pemimpin pembangkang berterima kasih kepada pihak polis yang sebelum ini kerap dicemuh dan dikutuk oleh mereka. Apakah ada media pro-pembangkang mahu melaporkan perkara ini?

Anda tentu tahu jawapannya!

Di antara laporan tersebut :

Dalam pada itu, Presiden Barisan Bersatu Nambikkai, Kalai Vanar berkata, pihaknya terpaksa mengadakan bantahan aman berikutan tindakan terhadap isu bendera dan tidakan kerajaan Selangor yang tidak menghormati hak raja-raja sekali gus mendakwa perkara itu didalangi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta ketua pembangkang itu memberi penjelasan.

"Pada hari ini kami hanya datang secara aman, tetapi dibaling telur dan fail. Ini adalah provokasi yang tercetus dari pihak mereka kepada kami.

"Kami hanya meminta penjelasan dari Anwar, dan beliau harus memberikan penjelasan terhadap setiap perkara yang dilakukannya yang ternyata membawa kerosakan kepada negara.

"Beliau (Anwar) langsung tidak menghormati bendera malah penghinaan mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada malam sambutan merdeka itu telah dirancang dari awal oleh pihak PKR," katanya kepada media, selepas bersurai dari bantahan itu.

Kalai turut menyelar tindakan Anwar dan menggelarkan Ketua Umum PKR itu sebagai pengkhianat serta perosak kemakmuran negara dan mendakwanya mendalangi kekacauan yang berlaku dalam negara.

Beliau meminta penjelasan dari tahun 1998 sehingga tahun 2012 daripada Anwar dan mendakwa Ketua Pembangkang itu telah mereka cerita tentang pelbagai perkara tidak masuk akal seperti suntikan HIV yang diterimanya, diracun dengan arsenic selama berada di dalam penjara serta cubaan membunuh keatasnya serta yang terakhir adalah berkaitan dengan bendera baru ciptaannya.

Katanya, kesemua isu yang berlaku merupakan agenda awal daripada Anwar. Malah, pertubuhan itu menggelarkan Anwar dan mendakwanya sebagai pengkhianat negara.

Antara NGO lain yang terlibat dalam bantahan tersebut termasuk Kelab Perpaduan Insan Selangor, Waris Malaya, Malaysian People Organization, Alernative Action Team, Gerakan India Malaysia dan Kelab Prihatin Cina Malaysia.

Sementara itu, Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, R Suresh Kumar berkata, pihaknya tidak akan melakukan laporan polis berdasarkan bantahan yang dilakukan oleh persatuan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan yang kurang bijak apabila pertubuhan itu menceroboh kawasan pihaknya.

Beliau mendakwa, sebelum ini, Kalai Vanar merupakan calon yang bertanding untuk tiket PKR di Gurun, Kedah pada pilihan raya yang lalu dan tidak diberi tempat oleh masyarakat sekali gus melakukan tunjuk perasaan dan mendakwa Kalai sebagai dalang yang mengganggu perjalanan politik parti itu.

"Bagi saya Kalai adalah orang yang banyak mencetuskan perkara yang tidak baik dan banyak mencetuskan huru-hara.

"Mengapa mereka mesti membuat kecoh disini? kenapa tidak menghantar surat? Kami berada disini adalah bagi membela parti dan melindungi Anwar dari dicemuh oleh pihak mereka.

"Kita juga tidak tahu ada NGO kita yang membawa telur atau membaling fail, kerana bagi saya kekecohan tadi tidak sampai ada pihak yang tercedera.

"Saya turut berterima kasih kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang menjaga keamanan kawasan ini sekali gus bertindak meredakan pertikaian yang berlaku. Bagaimanapun, insiden ini tiada pertumpahan darah atau cedera di pihak kami atau pihak mereka," katanya. - SH

Dr MiM