Sebuah blog hari ini menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang, jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts
Thursday, 4 October 2012
Monday, 1 October 2012
PKR MIMPI SIANG HARI
Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti bermimpi siang hari.
Sunday, 23 September 2012
KANTOI..!!! PENIPUAN PKR DIBONGKAR SPR..!!!
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi Jumaat berkata wujud unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.
Penipuan tersebut dikesan oleh SPR selepas Abdul Aziz dan Saifuddin dijemput dalam sebuah program radio Bernama baru-baru ini.
Saturday, 8 September 2012
BAS MEWAH PKR KENA SIMBAH CAT LAGI...???
Keadaan bas PKR yang disimbah cat. - Foto ihsan dari Facebook Anwar Ibrahim
Bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah kali kedua. -Keadaan bas PKR yang disimbah cat. - Foto ihsan dari Facebook Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah kali kedua dalam seminggu ini, kata Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kali ini insiden itu terjadi di Melaka.
"Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadab!" kata mesej Twitter Anwar hari ini.
Kata beliau, gerombolan dipercayai anggota Pemuda sebuah parti melempar cat merah di bahagian cermin hadapan bas Jelajah Merdeka Rakyat sebaik menghampiri Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Melaka di Kampong Kelubi, Jasin.

Sinar Harian
Wednesday, 5 September 2012
APA SEBENARNYA KEKECOHAN DI HQ PKR..???
Insiden demo yang bertukar kecoh di ibupejabat Keadilan tadi mendapat pelbagai jenis dan versi laporan berita.
Seperti biasa, media pro-pembangkang akan menambahrasa serta menambahsensasikan laporan mereka tanpa menceritakan keseluruhannya. Dan memang benar sangkaan kita itu!
Yang gagal atau sengaja tidak dilaporkan oleh pemimpin dan media pro-pembangkang ialah kehadiran beberapa NGO termasuk bukan Melayu! Mereka yang mengepalai demo aman yang bertukar kecoh apabila berlaku cabar-mencabar.
Di bawah adalah laporan berita yang tidak mungkin akan disiarkan oleh pro-pembangkang mengenai insiden demo di depan pejabat Keadilan.
Malah, pemimpin pembangkang berterima kasih kepada pihak polis yang sebelum ini kerap dicemuh dan dikutuk oleh mereka. Apakah ada media pro-pembangkang mahu melaporkan perkara ini?
Anda tentu tahu jawapannya!
Di antara laporan tersebut :
Dr MiM
Seperti biasa, media pro-pembangkang akan menambahrasa serta menambahsensasikan laporan mereka tanpa menceritakan keseluruhannya. Dan memang benar sangkaan kita itu!
Yang gagal atau sengaja tidak dilaporkan oleh pemimpin dan media pro-pembangkang ialah kehadiran beberapa NGO termasuk bukan Melayu! Mereka yang mengepalai demo aman yang bertukar kecoh apabila berlaku cabar-mencabar.
Di bawah adalah laporan berita yang tidak mungkin akan disiarkan oleh pro-pembangkang mengenai insiden demo di depan pejabat Keadilan.Malah, pemimpin pembangkang berterima kasih kepada pihak polis yang sebelum ini kerap dicemuh dan dikutuk oleh mereka. Apakah ada media pro-pembangkang mahu melaporkan perkara ini?
Anda tentu tahu jawapannya!
Di antara laporan tersebut :
Dalam pada itu, Presiden Barisan Bersatu Nambikkai, Kalai Vanar berkata, pihaknya terpaksa mengadakan bantahan aman berikutan tindakan terhadap isu bendera dan tidakan kerajaan Selangor yang tidak menghormati hak raja-raja sekali gus mendakwa perkara itu didalangi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta ketua pembangkang itu memberi penjelasan.
"Pada hari ini kami hanya datang secara aman, tetapi dibaling telur dan fail. Ini adalah provokasi yang tercetus dari pihak mereka kepada kami.
"Kami hanya meminta penjelasan dari Anwar, dan beliau harus memberikan penjelasan terhadap setiap perkara yang dilakukannya yang ternyata membawa kerosakan kepada negara.
"Beliau (Anwar) langsung tidak menghormati bendera malah penghinaan mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada malam sambutan merdeka itu telah dirancang dari awal oleh pihak PKR," katanya kepada media, selepas bersurai dari bantahan itu.
Kalai turut menyelar tindakan Anwar dan menggelarkan Ketua Umum PKR itu sebagai pengkhianat serta perosak kemakmuran negara dan mendakwanya mendalangi kekacauan yang berlaku dalam negara.
Beliau meminta penjelasan dari tahun 1998 sehingga tahun 2012 daripada Anwar dan mendakwa Ketua Pembangkang itu telah mereka cerita tentang pelbagai perkara tidak masuk akal seperti suntikan HIV yang diterimanya, diracun dengan arsenic selama berada di dalam penjara serta cubaan membunuh keatasnya serta yang terakhir adalah berkaitan dengan bendera baru ciptaannya.
Katanya, kesemua isu yang berlaku merupakan agenda awal daripada Anwar. Malah, pertubuhan itu menggelarkan Anwar dan mendakwanya sebagai pengkhianat negara.
Antara NGO lain yang terlibat dalam bantahan tersebut termasuk Kelab Perpaduan Insan Selangor, Waris Malaya, Malaysian People Organization, Alernative Action Team, Gerakan India Malaysia dan Kelab Prihatin Cina Malaysia.
Sementara itu, Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, R Suresh Kumar berkata, pihaknya tidak akan melakukan laporan polis berdasarkan bantahan yang dilakukan oleh persatuan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan yang kurang bijak apabila pertubuhan itu menceroboh kawasan pihaknya.
Beliau mendakwa, sebelum ini, Kalai Vanar merupakan calon yang bertanding untuk tiket PKR di Gurun, Kedah pada pilihan raya yang lalu dan tidak diberi tempat oleh masyarakat sekali gus melakukan tunjuk perasaan dan mendakwa Kalai sebagai dalang yang mengganggu perjalanan politik parti itu.
"Bagi saya Kalai adalah orang yang banyak mencetuskan perkara yang tidak baik dan banyak mencetuskan huru-hara.
"Mengapa mereka mesti membuat kecoh disini? kenapa tidak menghantar surat? Kami berada disini adalah bagi membela parti dan melindungi Anwar dari dicemuh oleh pihak mereka.
"Kita juga tidak tahu ada NGO kita yang membawa telur atau membaling fail, kerana bagi saya kekecohan tadi tidak sampai ada pihak yang tercedera.
"Saya turut berterima kasih kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang menjaga keamanan kawasan ini sekali gus bertindak meredakan pertikaian yang berlaku. Bagaimanapun, insiden ini tiada pertumpahan darah atau cedera di pihak kami atau pihak mereka," katanya. - SH
Dr MiM
PERGADUHAN DI IBU PEJABAT PKR
Petaling Jaya - Satu pergaduhan telah tercetus diantara dua kumpulan di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.
Pergaduhan tercetus apabila kedua-dua kumpulan, Waris Malaya dan PKR cuba menimbulkan provokasi di antara satu sama lain.
Namun begitu, pihak polis berjaya meleraikan pergaduhan dan tiada kecederaan serius dilaporkan.
Sebelum itu, Demonstrasi Bantahan Terhadap Penghinaan Bendera Malaysia, Penipuan PR dan Lakonan Anwar Ibrahim dilaporkan akan diadakan di Ibu Pejabat PKR. Petikan dari klpos
Sunday, 2 September 2012
KERUSI URUT DALAM BAS MEWAH PKR JELAJAH MERDEKA RAKYAT UNTUK ELAK ANWAR MENCARI RUMAH URUT LEPAS CERAMAH....???
Gambar rahsia sudut dalaman bas PKR yang ada kerusi urut.
Khalid Ibrahim terpaksa menyediakan kerusi ini untuk mengelakkan Anwar mencari rumah urut selepas penat berceramah.
Ianya selepas video Anwar Ibrahim berurut di Thailand tersebar di Youtube.
SUMBER : MyMassa
Saturday, 1 September 2012
BAS MEWAH SEWA KHAS ANWAR IBRAHIM DI TAJA SEPENUHNYA OLEH KHALID GAGAP
BAS MEWAH ANWAR IBRAHIM .... bertopengkan 'Merdeka Rakyat'!!!

(3 gambar di atas adalah dari SINI)
Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kos sewa bas dua tingkat, yang akan digunakan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.
Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.
“Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

MUNGKIN KERANA CIRI-CIRI KEMEWAHAN YANG DIMILIKI BAS TERSEBUT tidak dikongsi oleh rakyat tetapi oleh krew-krew yang akan mengiringi beliau sahaja, makan bas tersebut telah...........
DISERANG DAN DI'MAKE-UP'KAN OLEH PENYOKONG-PENYOKONG MEREKA SENDIRI, agar kelihatan lebih cantik dan menawan..... ahaks! ahaks!
Seperti biasa Anwar dan pengikutnya menuding jari kepada UMNO/BN terhadap siri serangan Bas terbabit. Sedangkan dipercayai ini perbuatan dirancang awal bagi meraih simpati rakyat dan menutup kesalahan kerajaan Anwar membeli Bas mewah ini.
Tuesday, 28 August 2012
MANSOR SHOULD JUST QUIT PKR AS HE HAS BEEN PUBLICHLY SHAMED BY GUAN ENG
It is no secret now that in Penang, PKR plays second fiddle to DAP, so is Pas and as such, both PKR and Pas cannot go shouting they are on equal footing with DAP or they are equal partners in the political equation in Penang.
The press conference last week conducted by Deputy Chief Minister 1 Mansor Othman, in the presence of Chief Minister Lim Guan Eng, reflected or visibly showed Mansor’s subservience to Guan Eng.
Mansor was put in a corner to answer or explain his own action and words written in a minutes of a official or unofficial meeting that rundown Guan Eng.
Guan Eng’s presence in the press conference was to show that he is ‘the boss’ and no one should run him down in anyway or else he would put the person in shame, just like what he did to Mansor.
Mansor has to call for a press conference, in the presence of Guan Eng and explain or deny those words he had spoken that rundown Guan Eng, an act a leader would not wish to do because this would shame him.
People would perceive he is scared of his boss and that he would not be trusted by his own men when he begins to deny or slithe around the words to protect himself from being taken action against.
He would be seen as cowed by Guan Eng, fear of Guan Eng’s wrath and the press conference itself had truly tear Mansor’s dignity to pieces as he wrangled his way to escape Guan Eng’s wrath.
Given the fact that Mansor had been shamed during the press conference and his dignity as a leader in PKR have been torn to pieces, it is better for him to just get out of the party and clears himself.
People with pride would not subject himself to be ‘morally abused’ so much so Mansor has lost respect from his own party members – behind Guan Eng he is hero but in front he is just a mouse – such is the perception of party members and the public towards him now.
Mansor has lost his credibility and dignity…he is just a pawn in the political game of big names in PKR and DAP – and by staying on he only makes himself a fool.
PKR de factor chief Anwar Ibrahim did not come to his aid and the way things go, Anwar would not stand by his side and may not even proposed his name as candidate in the coming general election.
Mansor’s action in the meeting which minutes was leaked revealed the biggest problem in Pakatan Rakyat – the division between racial lines – that see DAP dominance and low-class PKR alliance.
Kemaluddin Jeffry
Thursday, 23 August 2012
PENGERUSI BIRO AGAMA PKR KEDAH AKUI HUDUD SUKAR DILAKSANAKAN...???
Petikan dari UnitMediaKedah :
Ketika PAS di himpit permasalahan Hukum Hudud, Pengerusi Biro Agama PKR Kedah, Ahmad Kasim dalam kenyataannya seolah-olah menolak perlaksanaan Hukum Hudud PAS Di Malaysia.
Sememangnya sukar untuk Pakatan Haram untuk mendapat 2/3 kerusi Parlimen kerana ketiga-tiga parti yang berada dalam Pakatan Haram bukanlah gabungan parti yang bersatu hati.
Harus di Ingat, seandainya Pakatan Haram mampu mendapat 2/3 kerusi Parlimen, perlaksanaan Hukum Hudud PAS juga sukar di laksanakan kerana 2/3 tidak semuanya dalam Pakatan Haram berpihak kepada satu parti.
Dalam Pakatan Haram DAP merupakan Parti yang paling banyak kerusi di Parlimen dan boleh dikatakan parti Dominan dalam Pakatan Haram. PAS hanyalah parti Pencacai dalam Pakatan Haram ianya menyukar perlaksanaan Hudud PAS sekiranya Pakatan Haram mentadbir Malaysia.
Ketika PAS di himpit permasalahan Hukum Hudud, Pengerusi Biro Agama PKR Kedah, Ahmad Kasim dalam kenyataannya seolah-olah menolak perlaksanaan Hukum Hudud PAS Di Malaysia.
Perlaksanaan hukum hudud bukan sesuatu yang mudah di negara ini. Sebaliknya harus memandang aspek perlembagaan negara, agama serta politik.
“PR perlu memenangi dua pertiga kerusi parlimen sebelum membolehkan perlembagaan dipinda selaras dengan hukum syarak.
“Bagaimanapun, sekiranya satu pertiga selebihnya dimenangi oleh orang bukan beragama Islam, ia sukar bagi PR untuk melaksanakan hukum hudud.
“Dalam situasi ini, semua kerusi parlimen harus dimenangi oleh orang Islam untuk memudahkan perlaksanaannya,” - Ahmad Kasim
Sememangnya sukar untuk Pakatan Haram untuk mendapat 2/3 kerusi Parlimen kerana ketiga-tiga parti yang berada dalam Pakatan Haram bukanlah gabungan parti yang bersatu hati.
Harus di Ingat, seandainya Pakatan Haram mampu mendapat 2/3 kerusi Parlimen, perlaksanaan Hukum Hudud PAS juga sukar di laksanakan kerana 2/3 tidak semuanya dalam Pakatan Haram berpihak kepada satu parti.
Dalam Pakatan Haram DAP merupakan Parti yang paling banyak kerusi di Parlimen dan boleh dikatakan parti Dominan dalam Pakatan Haram. PAS hanyalah parti Pencacai dalam Pakatan Haram ianya menyukar perlaksanaan Hudud PAS sekiranya Pakatan Haram mentadbir Malaysia.
Wednesday, 1 August 2012
PKR SEMAKIN NAZAK.... MENANTI REBAH DAN PUNAH RANAH!!!!
Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak 'kecut' untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.
PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi.
Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.
Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.
Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.
Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.
Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.
Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.
Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.
Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat 'U Turn' dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga Pas, telah 'mempersetankan' sahaja perjuangan demi bangsa Melayu.
Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata 'malu menjadi Melayu'. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.
Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.
Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.
Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi 'membela Melayu' ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.
Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal 'Melayu' sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi.
Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:
1. 'working class' yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,
2. 'golongan muda' yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta
3. 'pengundi India' yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.
Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.
Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian.
Dengan itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap 'diberi muka' sekiranya PR menang dalam PRU ini.
Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka.
Kewujudan beberapa 'kem' dan peningkatan rasa curiga serta 'dingin' di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.
isuhot.com
Monday, 23 July 2012
AZMIN LAYAN WAN AZIZAH MACAM SAMPAH...???
Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik di Malaysia seorang presiden parti terpaksa merayu untuk mendapatkan kerusi untuk bertanding kecuali dalam PKR.
Begitulah yang terjadi kepada Presiden PKR, Wan Azizah Ismail apabila hasrat beliau untuk bertanding di peringkat negeri pada pilihan raya umum akan datang disambut dingin oleh pemimpin-pemimpin partinya sendiri.
Bukan sahaja dingin malah ada sesetengah pemimpin PKR seperti Timbalan Presiden menunjukkan sikap antagonis terhadap cadangan presidennya sendiri.
Sepatutnya seorang presiden parti politik mempunyai kuasa besar dalam perjalanan organisasinya.
Lihat daripada apa yang pernah berlaku di dalam kemelut parti-parti politik di negara ini, presiden mempunyai kuasa untuk memecat anggota parti, mengenakan tindakan disiplin, menentukan calon-calon yang sekepalanya dengannya dalam pemilihan parti dan sebagainya.
Bila datang musim pilihan raya, presiden juga punyai kuasai mutlak dan pemutus untuk menentukan siapakah yang bakal menduduki kerusi Yang Berhormat dan senarai calon-calon wajib melalui kelulusan dan tangannya.
Sebagai presiden beliau juga berotoriti untuk memilih mana-mana sahaja kawasan yang difikirkan selamat dan sesuai untuk bertanding samada di negeri atau parlimen.
Selagi tindakannya berlandaskan peraturan parti dan amalan proses demokrasi, tidak siapa boleh menentang kehendak atau kemahuannya kerana ia adalah presiden yang mempunyai kuasa yang luas.
Berlainan pula apa yang berlaku di dalam PKR, sebuah parti yang mendabik dada kononnya membawa 'politik baru' dan 'harapan baru bagi Malaysia' yang berlandaskan nilai-nilai perjuangan 'reformasi jalanan'.
Ini kerana kuasa dalam PKR terletak di tangan Anwar sebagai Ketua Umum, sat jawatan yang dilantik dan tidak boleh ditandingi.
Wan Azizah sebagai presiden hanya atas nama sahaja dan berperanan lebih kepada tunggul dan boneka yang tidak ada kuasa atau mampu membuat sebarang keputusan.
Pengorbanannya selama 14 tahun menerajui PKR seolah-olah tidak dihargai langsung malah peranannya juga dipandang sepi.
Beliau mengorbankan kerusi parlimen Permatang Pauh demi suami tetapi Anwar Ibrahim juga tidak memberi sokongan apabila si isteri meluahkan keinginan untuk bertanding semula.
Apatah lagi seteru politik Wan Azizah, Azmin Ali siang-siang lagi sudah mengenakan pelbagai syarat kepada presidennya sendiri jika ingin menjejak kaki di Selangor sebagai calon.
Malah ada ura-ura dan niat jahat Azmin untuk meletakkan Wan Azizah bertanding di DUN Sementa, sebuah kubu kuat Umno-BN.
Mungkin tujuan Azmin mahu menamatkan karier politik bos politiknya kerana tahu Wan Azizah akan diganyang dan dimalukan di Sementa.
AMK Pulau Pinang pula bersikap hangat-hangat tahi ayam menunjukkan simpati dengan nasib presiden dengan juga menawarkan kerusi.
Ini semuanya adalah permainan silap mata oleh Azmin dan kroni-kroninya.
Isu niat Wan Azizah mahu bertanding sebenarnya membongkar konflik amat serius dalam PKR antara dua puak yang bertelagah berebut kuasa.
Di satu pihak ialah puak presiden yang didokong oleh anaknya Nurul Izzah serta mendapat sokongan kuat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, Setpol MB Faekah Husin, dan lain-lain pemimpin yang tidak sehaluan dengan Azmin seperti Dr Syed Husin, Tian Chua dan Sivarasa.
Puak Azmin pula menjadi golongan majoriti yang memegang kuasa dan jawatan di dalam PKR tetapi mendapat tentangan hebat di Selangor disebabkan halangan oleh Khalid dan Faekah.
Selangor satu-satunya negeri yang dikuasai oleh PKR serta diterajui oleh Azmin sebagai pengerusi negeri namun segala kontrak lumayan dan projek berjuta-juta ringgit dinikmati oleh kumpulan MB dan kroni-kroninya.
Faekah, seorang kroni rapat Wan Azizah dikatakan mendapat bermacam-macam habuan seperti projek-projek infrastruktur, tanah, pasir, stesen minyak, lesen-lesen, termasuk juga memonopoli penyediaan khidmat guaman kepada anak-anak syarikat di bawah MBI.
Azmin yang mengharapkan jawatan sebagai bos PKR di Selangor membolehkan beliau mengaut kekayaan terpaksa berputih mata dan menggigit jari melihat semuanya dibolot oleh kumpulan yang menyokong Wan Azizah.
Inilah punca Azmin melayan presidennya macam sampah apabila beliau mahu bertanding di Selangor.
Wan Azizah di mata Azmin hanyalah penghalang kepada cita-citanya untuk menguasai PKR dan oleh kerana itu harus dikorbankan walaupun yang hendak dimangsakan itu adalah isteri idolnya sendiri.
Monday, 16 July 2012
LATHEEFA KOYA MELETAK JAWATAN..!!!
Walaupun Latheefa tidak menyebut sebab perletakkan jawatannya itu tetapi difahamkan ianya ada kaitan berhubung isu perumahan rakyat miskin yang pernah dihantarnya melalui e-mel kepada kepimpinan tertinggi PKR baru-baru ini.
Free Malaysia Today pula sebelum ini memetik sumber melaporkan, Khalid sendiri mengusulkan cadangan untuk membuangnya.
Thursday, 14 June 2012
PENGORBANAN KHALID UNTUK FAEKAH, AZMIN TAK SENANG DUDUK!!!
Perbalahan dalam PKR Selangor diantara kuncu-kuncu Azmin Ali dan puak-puak Khalid Ibrahim kini kembali berulang secara terbuka dialamaya.
Azmin, kini sebagai Ketua PKR Selangor, setelah berjaya merampasnya dari Khalid Ibrahim pada 2010, muncul kembali dengan menyerang Khalid didalam Twitter supaya memecat Faekah sebagai Setiausaha Politik MB.
Mkini> melapurkan Azmin menerima banyak rungutan mengenai Faekah "termasuk daripada penjawat awam Negeri Selangor.”
Sumber di peringkat tertinggi PKR mengesahkan bahawa aduan ke atas Faekah ditimbulkan dalam beberapa mesyuarat biro politik, tetapi Khalid Ibrahim diam membisu seolah-olah Faekah nampak tidak bersalah, cantik, molek dan perfect dari segala segi.
Adakah ini pertanda yang Khalid sedang dilamun cinta?
Mari kita lihat pendedahan Faekah sendiri bagaimana Khalid sanggup berkorban apa sahaja demi beliau.
Apabila dihubungi oleh FreeMalaysiaToday, Faekah menyangkal segala tuduhan bahawa beliau menyalahgunakan kuasa beliau di dalam Jawatankuasa Pemandu “SelangorKu” yang mengagihkan peruntukan kepada projek-projek di Selangor.
Mengenai tuduhan Twitter Azmin Ali pula, ini jawapan Faekah;
“Ia tidak benar. Twitter tersebut mungkin dari Azmin sendiri atau dari penyokong Azmin. Saya tidak peduli. Ia telah menjadi pengetahuan umum bahawa Azmin mahu Khalid mengantikan saya sebagai SetPol pada tahun 2010”
“Sebagai pertukarannya masa itu (demi cinta dan pengorbanan), Khalid telah melepaskan jawatan sebagai jawatan Ketua PKR Selangor kepada Azmin” – Faekah dipetik FMT>
Diatas adalah pengakuan jujur Faekah yang dikeluarkan dengan tidak sengaja, dimana ia adalah kebiasan bagi Faekah.
Cukup besar pengorbanan Khalid Ibrahim demi Faekah dan beliau sanggup melepaskan jawatan Ketua PKR Selangor hanya kerana mahu Faekah menjadi SetPol beliau. Siapakah yang sanggup bertukar ganti begitu rupa jika tidak kerana cinta terhadap Faekah.
Bagi Azmin Ali pula, beliau mempunyai tugas yang amat berat untuk memisahkan Faekah dari Khalid, bagaimana perit dan sukarnya memisahkan Shamsidar dari Anwar Ibrahim.
Ia juga membuktikan bahawa Azmin cukup tamak dan mungkir janji dengan Khalid dan Faekah. Setelah merampas jawatan Ketua PKR dalam bentuk pertukaran, Azmin masih lagi tidak puashati dengan Faekah dan mahu Faekah disingkirkan juga. Ini cukup mengecewakan Khalid.
Pergolakan Azmin-Khalid memberi pertanda baik dan kelebihan kepada Umno Selangor pada PRU13 nanti.
Wednesday, 13 June 2012
PKR = PARTI SEKS BEBAS, BERANIKAH NURUL IZZAH..???
Ahli Parlimen Lembah Pantai,
Nurul Izzah Anwar digesa supaya memujuk ibunya yang juga Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalan
Presiden parti itu, Shamsidar Taharin supaya mengadakan sidang akhbar bersama
dengan segera.
Sidang akhbar itu bagi menjawab segala dakwaan Datuk S.Nallakaruppan berhubung hubungan sulit antara Shamsidar dan suami Wan Azizah yang juga papa hebat anugerah tuhan kepada Nurul Izzah, Anwar Ibrahim.
Selain daripada dakwaan itu, Nalla juga mendakwa bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan tidak layak menjadi ketua pembangkang.
Ekoran daripada dakwaan Nalla itu, pelbagai pihak mendesak agar Wan Azizah dan Shamsidar menjawab pertuduhan tersebut dan paling baik adalah dengan mengadakan sidang akhbar mengenainya.
Nurul Izzah perlu mengambil tindakan untuk memujuk ibunya bagi membersihkan imej PKR yang kini telah dianggap sebagai parti seks bebas!
Semua orang kuat PKR berdiam diri mengenai dakwaan Nalla tersebut...
seolah-olah mereka membenarkan bahawa dakwaan itu adalah benar!!!
Nurul Izzah, ada beranikah nak pujuk mamanya atau sekurang-kurangnya memberi gambaran sebenar mengenai hubungan antara Wan Azizah dan Shamsidar, semua orang dah heboh ni...!!! Lebih heboh bahawa, Shamsidar mempunyai anak hasil hubungan tersebut.... !!!
Saturday, 2 June 2012
PIJAK DAN BAKAR BENDERA ~ PAS BENCI PKR..???
Penyokong PAS dipercayai membakar bendera PKR..
Setelah berakhirnya Himpunan Hijau anjuran Parti Islam Se Malaysia (PAS) di Stadium Darul Aman, didapati wujudnya ritual pelik yang dilakukan oleh penyokong parti itu.
Mungkin rasa terpanggil dengan saranan dan ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggesa ahli-ahli parti itu supaya menentang kemungkaran terutama berkaitan maksiat.
Selaras saranan itu, lantas ribuan penyokong-penyokong Pas dengan aggresifnya mula memijak-mijak bendera sebuah parti yang banyak menyimpan pemimpin-pemimpin yang mengamalkan maksiat sama ada di antara kaum sejenis atau berlainan iaitu PKR.
Mungkin kerana penyokong Pas selama ini sudah jelas bahawa kebanyakkan pemimpin PKR sememangnya mengamalkan perbuatan yang mungkar termasuk membuat maksiat, berzina dan mengamalkan hubungan seks sejenis.
Tidak perlu disebut siapa orangnya, penyokong Pas sendiri sudah maklum sangat siapakah pemimpin yang dimaksudkan.
Persoalannya, tindakan ribuan penyokong Pas itu seolah-olah dihalalkan oleh Abdul Hadi sendiri selain Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.
Adakah Pas kini sudah kembali ke landasan serta perjuangan asal parti itu yang berlandaskan Islam?
Adakah juga, Pas kini sudah menolak kepimpinan seks melampau yang diamalkan pemimpin PKR?
Perak Today sendiri menyaksikan bagaimana penyokong Pas termasuk dikalangan wanita memijak-mijak bendera PKR ketika di dalam stadium.
Mungkin doa rakyat Malaysia supaya menentang habis-habisan golongan yang mengamalkan maksiat serta seks sesama kaum sejenis ini telah dimakbulkan Tuhan terutamanya penyokong Pas.
Wednesday, 30 May 2012
BEREBUT KERUSI PM ~ PAS, DAP CUBA TIKAM BONTOT ANWAR..!!!
Nampaknya isu siapa bakal memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raua umum ke 13 nanti masih menjadi polemik hangat di kalangan pemimpin mereka.
Satu perkara yang jelas timbul daripada perdebatan siapa PM Pakatan Rakyat ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi pilihan eksklusif PAS dan DAP.
Ini berdasarkan kepada kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP bahawa beliau akan berjuang untuk impian Malaysia mempunyai PM daripada kalangan bukan Melayu akan menjadi realiti pada suatu hari nanti.
Maksud beliau, DAP, dengan bantuan sekutu rapatnya, PAS, sudah berkeyakinan untuk merampas Putrajaya, walaupun tanpa sokongan PKR.
Ini kerana DAP melihat PKR sebagai sebuah parti pembangkang yang penuh dengan masalah dalaman terutamanya yang membabitkan peribadi dan moral Anwar.
Oleh sebab itu Karpal pernah mendakwa masalah terbesar dalam Pakatan Rakyat ialah Anwar lalu memintanya meninggalkan perkongsian tiga serangkai itu serta bertaubat.
Untuk menyemarakkan api perselisihan antara PKR-DAP, Mursyidul PAS, Nik Aziz Nik Mat pula menyokong pendirian Karpal dengan menyatakan cadangan beliau boleh dilaksanakan asalkan calon PM beragama Islam, tidak kira apa bangsa sekali pun.
Dalam polemik PM yang berlaku sekarang, Anwar tidak berani berkata sepatah pun, malah terus membisu dan bersikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Kononnya untuk menjaga keharmonian dan keutuhan perpaduan, Anwar tidak mahu memberi sebarang komen, namun hakikatnya beliau kini tidak lagi dianggap pemimpin besar Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada bangkai hidup yang terpaksa digalas oleh PAS dan DAP.
Anwar tahu PAS dan DAP telah memainkannya dan menikamnya dari belakang, bukan sekali tetapi beberapa kali.
Perasaan saling tidak mempercayai di antara PKR-PAS-DAP diketahui umum.
Anwar dikatakan telah menyatakan secara peribadi kepada beberapa pemimpin PKR yang rapat dengannya, betapa beliau tidak mempercayai DAP dan merasa sangsi terhadap PAS yang gila kuasa.
PAS dan DAP pula tidak mempercayai Anwar dan tidak menganggap bekas Timbalan Perdana Menteri itu individu paling sesuai menjadi PM.
Bagi Karpal dan Nik Aziz, PKR adalah parti yang membawa paling banyak masalah kepada mereka.
Sebagai parti carca marba dan paling kecil dari segi jumlah kerusi dalam parlimen (setelah lima ahli parlimennya melompat jadi anggota bebas), PKR pula mempunyai nafsu paling besar untuk menerajui Pakatan Rakyat dan seterusnya membolot jawatan PM dengan mengenepikan PAS dan DAP.
PAS dan DAP pula tidak mungkin berdiam diri kerana mereka berfikir sebagai parti yang lebih besar, lebih lama dan lebih tersusun organisasi serta disiplinnya, hak menjadi PM seharusnya jatuh kepada mereka.
Bekas senator dan mantan Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, secara sinis membayangkan senario di mana Anwar, Lim Kit Siang (mungkin juga Karpal) dan Abdul Hadi Awang (atau Nik Aziz) akan bergegas ke Putrajaya untuk menuntut jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menang.
Akhirnya kata Tunku Aziz lagi, negara akan terjerumus dalam krisis yang amat serius disebabkan perebutan jawatan tersebut yang bukan sahaja menjadi impian Anwar, malah juga Kit Siang dan Abdul Hadi.
Gambaran ini tidak mustahil berlalu melihat kepada insiden rusuhan yang berlaku semasa Bersih 3.0.
Pembangkang akan melakukan apa sahaja termasuk memporak perandakan negara yang aman dan makmur ini tanpa rasa bersalah sedikit pun.
Sanubari pemimpin pembangkang dipenuhi dengan cita-cita politik rakus dan kepentingan masing-masing.
Bagi mereka rakyat hanya tunggangan yang digunakan untuk meraih undi dan sokongan, dan akan dicampak ketepi pabila mereka sudah menikmati kuasa.
Namun impian Anwar mahupun Karpal atau Nik Aziz untuk mengecapi jawatan PM hanya mainan mimpi di siang hari atau lebih tepat 'syok sendiri'.
Daripada sokongan yang semakin melonjak kepada pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM, rakyat sedari awal sudah membuat keputusan bahawa mereka mahukan permata bernilai bukannya kaca tiruan.

Subscribe to:
Posts (Atom)