Showing posts with label USTAS KAZIM. Show all posts
Showing posts with label USTAS KAZIM. Show all posts

Sunday, 30 September 2012

PANDANGAN UKE UNTUK MULUT JAHAT YANG SUKA KAFIRKAN ORANG...!!!


Pengkafir2 ini kafirkan UMNO tapi mereka solat di masjid dan surau yang dibina kerajaan UMNO..


Mereka kafirkan UMNO tapi masih hantar anak-anak ke sekolah agama yang dibina kerajaan UMNO..

Mereka kafirkan UMNO tapi masih bekerja di sekolah-sekolah agama yang dibina kerajaan UMNO..

Mereka kafirkan UMNO tapi masih kerja atau hantar anak-anak ke UiTM, MRSM dam tahfiz-tahfiz2 yang dibina kerajaan UMNO yang menjadikan anak2 mereka cerdik dan celik huruf..

Mereka kafirkan UMNO tapi masih pergi ke Mekah melalui Tabung Haji yang diasaskan kerajaan UMNO..

Mereka kafirkan UMNO tapi masih simpan duit di Bank Muamalat dan menggunakan perbankan Islam yang diasaskan kerajaan UMNO..

Mereke kafirkan UMNO tapi masih bekerja, belajar atau menghantar anak2 mereka belajar di Universiti Islam Antarabangsa yang diasaskan kerajaan UMNO..

Pendek kata dalam mereka mengkafir dan mengutuk UMNO, setiap hari mereka pelahap hasil pembangunan dari kerajaan UMNO..

Ramai mereka ini, termasuk yang di Facebook ini, hari ini menjadi cerdik, pandai, pintar, celik huruf, celik komputer.. semuanya hasil dari persekolahan dan pendidikan di sekolah2 dan IPTA2 yang dibangunkan kerajaan UMNO..

Oh ya, mereka akan kata ini semua memang tanggungjawab kerajaan UMNO yang memeirntah..tahu juga mereka akui yang kerajaan UMNO bertanggungjawab!

Atau mereka akan kata kerajaan Siam yang kafir tu pun bina masjid untuk orang Islam!!

SUMBER : RAKAN FB

Monday, 13 February 2012

KEHADIRAN DR. HASSAN ALI DAN USTAZ KAZIM DI PENGKALAN PEGOH, UNDANG 15K HADIRIN....

AIDCNews – Sesuatu yang luar biasa apabila kira-kira 15,000 orang hadir mengikuti ceramah Datuk Dr Hassan Ali dan Ustaz Kazim Elias di Padang Kampung Pengkalan Pegoh, Ipoh, 10 Feb.
“Kedatangan Hasan ke sini ternyata mengundang kegusaran pihak tertentu apabila gambar muka beliau pada kain rentang yang dipasang diconteng dan poster beliau turut dikoyakkan.
“Malah, banyak bendera Pas dipasang di sekitar kawasan tersebut terutamanya berdekatan tempat ceramah di Padang Kampung Pengkalan Pegoh”, lapor Mingguan Malaysia.
Ustaz Kazim dalam ceramahnya berkata beliau mengenali Dr Hassan sejak 14 tahun dulu ketika sama-sama menyertai PAS.
“Selepas tidak ketemu 14 tahun, hari ini ketemu semula, Insya Allah..dalam satu bentuk wadah perjuangan untuk menyatupadukan umat Islam.
“Ini target saya..dan saya rasa itulah target Datuk Dr Hassan Ali”, katanya.









Sementara itu, Dr Hasan dalam ceramahnya berkata sepanjang tiga tahun 11 bulan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, beliau menghadapi masalah operasi yang cukup besar dalam soal akidah.
Katanya, dalam isu operasi berkaitan judi, arak dan maksiat, beliau menghadapi tentangan yang cukup hebat daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Namun, yang saya tidak faham sampai hari ini, pimpinan Pas menentang dan tidak sokong saya dalam soal arak. Yang menolak saya ini bukan ulama atau golongan pemuda tetapi parasit di dalam Pas,” katanya.
Menurut Hasan, golongan parasit itu duduk di dalam tubuh badan Pas tetapi hendak menjahanamkan parti tersebut kerana mahu bekerjasama dengan DAP dan PKR.
“Kerana inginkan keredaan DAP dan PKR, biar hancur Islam, biar hancur Melayu dan biar hancur institusi raja,” katanya.