Showing posts with label PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRU 13. Show all posts

Tuesday, 2 October 2012

NEGERI PR MAHU BUBAR DUN SEBELUM PARLIMEN DIBUBAR....???


Gempar!!! Negeri Pakatan Mahu Bubar DUN Sebelum Parlimen Dibubar?!!!

Skrip yang sama dimainkan sekali lagi Lim Kit Siang menerusi laman sesawang Roketkini.com. Kit Siang  seakan- akan dilihat menuduh DS Najib sebagai bacul kerana sehingga kini masih belum membubarkan parlimen.



Sunday, 30 September 2012

PRU 13 : LALUAN SUKAR UNTUK NIZAR DAN ZAMBRY...????

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir


MAMPUKAH kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Panjang dan Sitiawan kekal di bawah Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) atau  kedua-dua kerusi itu jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir?

Mungkinkah kerusi Parlimen Lumut dan Dun Pangkor juga kekal selamat di bawah BN atau satu tsunami politik bakal berlaku dan mengubah segala-galanya pada PRU-13 nanti? 

Analisis dan komen  menjelang PRU13 dibawakan oleh SITI SAFA MOHD NOR & SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI. Petikan dari kolum POLITIK.... Sinar Harian.........

Saturday, 22 September 2012

SEGERAKAN PRU 13, KAMI DAH JEMU MENUNGGU....!!!



Saudara Pengarang,
AKHBAR The Star pada edisi 4 September telah memaparkan satu berita muka depan yang sangat menarik iaitu mengenai kalendar pilihan raya umum akan datang dengan mengemukakan beberapa tarikh yang difikirkan paling sesuai untuk diadakan.
Maka antara lain, tarikh yang difikirkan sesuai itu ialah pada 3, 5, 11, 14, 23 atau 25 November.

Wednesday, 5 September 2012

TUN M : BN BOLEH MENANG 2/3 PRU 13 DENGAN SYARAT........

Dr M: ‘BN boleh menang PRU13 tapi masalahnya…’
Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah Doktor Kehormat (Doktor Honoris Causa) daripada Universiti Sebelas Maret Indonesia, semalam. – Foto Bernama


SURAKARTA, Jawa Tengah - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu meraih sokongan dua pertiga suara rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan syarat..................

Thursday, 5 July 2012

ANWAR BERSARA DARI POLITIK DAN AKAN MENETAP DI USA..????


TUMPUAN NEGARA DI ISTANA NEGARA



Berita hangat 24 jam di kalangan elit politik membayangkan Istana Negara akan menjadi tumpuan hari esok. Mymassa dihubungi bertalu-talu untuk mengesahkan perkara tersebut. Apa pun, pembubaran Parlimen hanya Perdana Menteri tahu bila akan diumumkan. Rakan-rakan di Pulau Pinang hingga ke Sabah tidak henti-henti menghantar pesanan ringkas. Bagi Mymassa, kita menghormati haik dan kuasa Perdana Menteri. 



PERDANA MENTERI SEMAKIN YAKIN

Monday, 18 June 2012

TENTERA UPAHAN DAP DARI SINGAPURA AKAN HURU-HARAKAN PRU 13..???

Minggu lepas MyMassa dedahkan persediaan warga Singapura untuk membuat kacau semasa PRU ke-13 di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/06/wikileaks-bukti-persediaan-warga.html).

Kali ini MyMassa tunjukkan bukti memang berlaku program yang diberi nama PACA Training di 223A/B River Valley Road, Singapore.


Wednesday, 13 June 2012

TERLAJAK SEKALI DAN 55 TAHUN AKAN DAPAT KEMBALI...???


SEJAK tahun lalu, teka-teki tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) sering kedengaran dan desus-desus tarikh keramat merayakan demokrasi ini semakin hari semakin rancak menjadi bualan.

Malahan, ada yang pernah menamakan 2011 sebagai tahun pilihan raya walaupun saya pernah menulis bahawa 2011 adalah tahun persediaan pilihan raya dan 'pelaksanaan manifesto - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' untuk berhadapan dengan slogan 'Ubah Sekarang dan Selamatkan Malaysia' barisan pembangkang.

Saya juga pernah menulis bahawa - "Dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) mereka tidak lagi boleh menyalahkan pengundi hantu atau memilih untuk melihat kelemahan lawan semata-mata. Kekuatan pembangkang sendiri akan menjadi asas ukuran. Barisan Nasional (BN) juga perlu mencari kekuatan.

Cabaran besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memobilisasi sokongan bertunjangkan kekuatan BN supaya mandat pilihan raya dapat digunakan untuk meletakkan landasan perjalanan beliau dalam meneruskan transformasi tanah air.

Baca seterusnya tulisan Professor MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN, dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM, di sini


Tuesday, 12 June 2012

BIMBANG JENTERA PARTI LUMPUH, PAS MOHON TANGGUHKAN HAJI..???!!!

BUAT BERSIH TAK DIHALANG.NAK PERGI HAJI DIHALANG


KUALA LUMPUR 11 Jun - Semua ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya diminta menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Berita itu disiarkan oleh selangorku.com bertarikh 5 Jun lalu yang dipetik olehhttp://www.rbfonline. net hari ini.




TANGGUHKAN Untuk Menunaikan haji ke 

Baitullah (Mekah)tahun ini!!!!!!!!!!!!!!!

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti yang dipetik menerusi laporan berita itu berkata, Pas menjangkakan pilihan raya umum akan datang diadakan pada musim haji iaitu selepas bulan Ramadan antara September hingga Oktober.

Kata Tuan Ibrahim, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana Pas memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa berlangsungnya pilihan raya umum tersebut.


"Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan. Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini.

"Kalau berlaku demikian, kita minta ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan,'' kata Tuan Ibrahim seperti dipetik menerusi laporan berita itu.

Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihan raya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk ke Mekah.

''Kita melahirkan rasa dukacita terhadap perkara ini. Takkan kita nak salahkan orang ramai untuk menunaikan ibadah haji? Kerajaan sepatutnya lebih awal tetapkan tarikh, supaya tidak mengganggu perkara-perkara lain,'' ujarnya.

Sebagai reaksi kepada kenyataan Tuan Ibrahim itu, blog berkenaan menyifatkan Pas lebih mementingkan agenda politik hingga sanggup meminta ahli mereka yang terpilih sebagai jemaah haji tahun ini menangguhkan pemergian mereka.

"Perlu diingat ibadah haji adalah Rukun Islam yang kelima. Pertama mengucap syahadah dan diikuti dengan sembahyang lima waktu, puasa, zakat dan haji," kata blog berkenaan.
Menurut blog itu lagi, sekiranya ada di antara ahli parti yang menangguhkan ibadat haji tahun ini meninggal dunia tanpa sempat menunaikannya, Pas harus bertanggungjawab.

Pada masa sama, blog itu turut meminta rakyat membuka mata terhadap permintaan pemimpin Pas tersebut.

Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

"Pas adalah sebuah parti politik yang luar biasa untuk mengejar kepentingan politik sehingga sanggup lakukan apa sahaja demi politik. Inilah yang dinamakan binatang politik atau pun dipanggil political animal," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, blog berkenaan menjelaskan, setakat ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah membuat kenyataan akan membubarkan Parlimen pada musim haji.

"Soal tarikh pilihan raya umum yang tidak ditetapkan juga tidak timbul. Semua orang tahu penggal pemerintahan akan tamat lima tahun dari tarikh kali pertama Parlimen bersidang selepas pilihan raya umum.

"Untuk penggal kali ini iaitu penggal ke-12, Parlimen pertama bersidang pada 28 April 2008 dan tamat pada 28 April 2013. Masih ada setahun lagi tempoh untuk diadakan pilihan raya," kata blog itu.

Pada masa sama, tambah blog itu, terpulang kepada Perdana Menteri sama ada mahu membubarkan Parlimen lebih awal dari tarikh berkenaan atau sebaliknya.

''Jika Pas hendak kata Perdana Menteri tidak menetapkan lebih awal bila hendak bubarkan Parlimen, bagaimana pula dengan negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang?
















''Adakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah umumkan bila mereka mahu bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri-negeri mereka?" katanya.




SUMBER

Friday, 23 March 2012

'FEEL GOOD FACTOR' PM

 

Bila pilihanraya? Sekali lagi Datuk Seri Najib Tun Razak ditanya mengenai soalan popular itu.Ini semasa sesi temuramah beliau dengan stesen radio berbahasa Cina 988 FM pagi Khamis.

Pengacara radio itu ingin tahu apakah ia ada kemungkinan pada bulan Mei atau Jun ini.

Dari jawapan yang Perdana Menteri berikan berbagai andaian boleh dibuat darinya.

Ada pemerhati yang tidak nampak kemungkinan bulan Jun ini seperti yang hangat diramalkan kebelakangan ini.

Dalam jawapannya Perdana Menteri jelas berkata penentu tarikh PRU13 bergantung kepada banyak faktor.

Kataya beliau masih lagi menilai situasi.

Beliau secara spesifik menekankan waktu yang paling sesuai ialah bila tahap keyakinan rakyat pada kerajaan dan feel good factor tinggi.

Katanya ia juga bergantung kepada kemampuan kerajaan menyelesaikan beberapa isu yang belum beres.

Sebelum ini Najib pernah berkata beliau ingin melihat dulu pelbagai program pentabirannya menampakan kesan dan dirasai rakyat.

Apakah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia,Kedai Rakyat 1Malaysia,Klinik 1 Malaysia dan sebagainya sudah cukup menzahirkan ' feel good factor' dikalangan rakyat yang dimaksudkan Najib itu?

Selain membuat pelbagai pengumuman program dan dasar baru kerajaan,Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah bergerak [I]hand in hand[/I] ' pusing keliling' satu Malaysia kebelakangan ini.

Banyak spekulasi menjurus kepada pergerakan mereka bertemu rakyat secara langsung khususnya pada setiap hujung minggu sekarang.

Namun ada pemerhati yang menjangka banyak lagi ' bom'  yang akan dilontar oleh Najib dan Muhyiddin dalam menyegarkan angin ' [I]feel good factor[/I]' yang dihajatkan.

Secara umumnya kerajaan tidak banyak berdepan dengan isu kecuali NFC yang masih hangat diperbualkan.

Datuk Seri Shahrizat Jalil,isteri kepada Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail sudah mengumumkan akan letak jawatan bila tempoh Senator beliau tamat pada 8 April ini.

Perdebatan politik ini bertumpu kepada soal samaada Shahrizat perlu letak jawatan Ketua Wanita UMNO atau tidak sekalipun secara prinsipnya beliau tidak ada kaitan langsung dengan isu NFC.

Terbaru ia dihangatkan dengan kenyataan Naib Ketua Wanita Datuk Kamalia Ibrahim dalam interbiu dengan akhbar The Star yang mahu beliau letak jawatan untuk ' memudahkan' pergerakan itu turun ke bawah berkempen.

Kalau pembangkang masih hendak terus main isu kilang proses nadir bumi ,Lynas di Gebeng,Kuantan,Najib telah memberi jawapan yang tegas dalam interbiu dengan 988 FM itu.

Katanya apa yang dimainkan oleh pembangkang kebelakangan ini cuma sentimen politik.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan hanya akan batalkan projek gergasi itu jika ada bukti kukuh dari segi saintifik ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan rakyat.

Katanya kerajaan tidak akan berkompromi jika ia didapati terbukti dati segi santifik boleh membawa mudarat.

Dewan Rakyat Selasa telah meluluskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas.

Pembangkang sekali lagi main sandiwara menolak dan memboikot penyertaan dalam jawatankuasa berkenaan.

"Bagi mereka yang menentang Lynas, kita perlu berdialog. Kita ingin tahu apakah alasan saintifik dan teknikal bagi membantah operasi Lynas."Perlu ada bukti kukuh bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar khususnya akan terjejas. Dan jika ada bukti serius, kita pasti tidak akan benarkan Lynas beroperasi," kata Najib.

Menurut beliau dialog seperti itu tidak boleh berdasarkan emosi atau hujah politik kerana ada kemungkinan isu Lynas ini digunakan untuk tujuan politik.

"Apa yang bermula hanya sebagai satu isu alam sekitar telah menjadi isu politik. Ini amat mengecewakan.Kita perlu adakan dialog ini dan melibatkan orang ramai sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad. Tapi saya boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa keselamatan mereka tidak sekali-kali akan dipertaruhkan," katanya.

Perdana Menteri berkata pembentukan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas bertujuan melihat langkah-langkah yang kerajaan boleh ambil bagi menangani sebarang kebimbangan rakyat.

Ketika ditanya sama ada perakuan-perakuan jawatankuasa itu akan dilaksanakan, beliau berkata : "Kita mahukan bukti saintifik, dan jawatankuasa ini adalah satu daripada kaedahnya. Adalah diharapkan satu penilaian objektif mengenai projek ini dapat dibuat.

"Yang pasti ialah terdapat satu tanggungjawab moral yang kuat, namun kita tidak terikat dengannya daripada segi undang-undang, tetapi akan dijadikan asas kukuh untuk kita membuat keputusan," katanya.

Bagaimana tentang soal calon BN untuk PRU13?

Menjawab soalan pengacara 988 FM Najib berkata beliau sedia mengambil risiko tidak akan calonkan semula wakil rakyat BN yang tidak perform dan tidak winnable.

Perdana Menteri sedar ada nanti yang merasa kecil hati namun beliau tidak ada pilihan dalam memastikan calon-calon yang selari dengan kehendak pengundi sahaja yang akan turun padang mewakili BN dalam pilihanraya mencabar ini.

Kepada satu soalan lain samaada beliau mempunyai 'kawan sejati',Najib berkata beliau tidak kisah 'hilang kawan' mereka yang merasa kecil hati semata-mata kerana kehendak politik dan kepentingan peribadi mereka tidak dapat dipenuhi.

Katanya beliau mempunyai sebilangan kawan baik yang bersedia untuk mengetepikan agenda politik dan peribadi.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada juga yang mempunyai kepentingan dan matlamat dalam politik.

“Katakanlah,seorang wakil rakyat itu tidak diingini, saya perlu mendengar rakyat.Tetapi apa yang diamati, saya akan dipersalahkan sedangkan rakyat yang tidak mahu mereka,"ujarnya.

Katanya hajat pentabiranya ialah membawa Malaysia melangkah ke depan.

Apapun Perdana Menteri berkata untuk membolehkan matlamat itu tercapai BN harus memenangi pilihanraya umum akan datang. AGENDADAILY

Monday, 5 March 2012

PRU 13 : JUN..???

Kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada pertengahan tahun ini adalah tidak mustahil dengan kelebihan yang kini jelas memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, menurut Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, terdapat beberapa perkara yang terlebih dahulu perlu diberi perhatian oleh kerajaan BN sebelum pilihan raya umum diadakan.



"Dua perkara utama yang saya lihat perlu diselesaikan adalah penyelarasan tangga gaji baru kepada penjawat awam dan satu perkara lagi adalah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di papan utama Bursa Malaysia.

"Kalau dua isu itu dapat diselesaikan, bagi saya tiada lagi isu yang meruncing dan memang kemungkinan pilihan raya akan diadakan pada bulan Jun ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


TUN DAIM ZAINUDDIN menyatakan di dalam Mingguan Malaysia semalam bahawa UMNO serta Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan berbanding pakatan pembangkang.


Sementara itu, Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM) Mohd. Jurit Ramli berkata, tempoh terdekat itu adalah waktu yang paling sesuai bagi Perdana Menteri DS Najib mengadakan pilihanraya berikutan keadaan kucar-kacir di dalam pakatan pembangkang.


"Sebenarnya terlalu banyak isu yang dihadapi oleh pembangkang yang tidak pernah selesai termasuk konflik dalaman sehingga menyaksikan Datuk  Dr. Hassan Ali dipecat dari PAS. Malah ketua pembangkang Anwar Ibrahim juga semakin hilang kredibiliti denga perlabagi isu bertalu-talu termasuk kenyataannya yang menyokong keselamatan negara Israel" katanya.


Jelas beliau lagi, tempih waktu inijuga sesuai bagi Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen memandangkan program transformasi yang diperkenalkan mula  memberi kesan dan mempunyai potensi untuk kebaikan masa depan negara.