SEJAK tahun lalu, teka-teki
tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) sering kedengaran dan desus-desus tarikh keramat
merayakan demokrasi ini semakin hari semakin rancak menjadi bualan.
Malahan,
ada yang pernah menamakan 2011 sebagai tahun pilihan raya walaupun saya pernah
menulis bahawa 2011 adalah tahun persediaan pilihan raya dan 'pelaksanaan
manifesto - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' untuk berhadapan dengan
slogan 'Ubah Sekarang dan Selamatkan Malaysia' barisan pembangkang.
Saya
juga pernah menulis bahawa - "Dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) mereka
tidak lagi boleh menyalahkan pengundi hantu atau memilih untuk melihat
kelemahan lawan semata-mata. Kekuatan pembangkang sendiri akan menjadi asas
ukuran. Barisan Nasional (BN) juga perlu mencari kekuatan.
Cabaran
besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memobilisasi
sokongan bertunjangkan kekuatan BN supaya mandat pilihan raya dapat digunakan
untuk meletakkan landasan perjalanan beliau dalam meneruskan transformasi tanah
air.
Baca seterusnya tulisan Professor MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN, dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM, di sini
No comments:
Post a Comment