Showing posts with label BICARA POLTIIK SEMASA. Show all posts
Showing posts with label BICARA POLTIIK SEMASA. Show all posts

Saturday, 8 February 2014

ADUN PKR SEBERANG JAYA LETAK JAWATAN ... ???


MAKLUMAT di atas telah disiarkan  di sini... Menurut empunya diri, beliau akan mengadakan sidang media tergempar pada jam 4.30 petang ini.... So, apa keputusannya...??? 

Thursday, 6 February 2014

PARTI KENCING RAKYAT - PKR ALIH ISU DI DUN KAJANG, REKA ISU KESAVAN LETAK JAWATAN


Masyarakat khususnya mereka yang melayari laman-laman sosial gempar seketika apabila dikatakan kononnya ADUN Hutan Melintang dari PKR,S Kesavan telah mengumumkan untuk keluar parti. 

Saturday, 22 December 2012

TERGEMPAR..!!! BEKAS POLIS BUKTIKAN BAI'AH PAS MEMANG WAJIB, MENYESAL SERTAI PAS....!!!


Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.

Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Friday, 21 December 2012

BLOGGER DAN PENYOKONG PR TERUS HINA MUFTI PERAK..... ANGGAP HADI AWANG SEPERTI MALAIKAT....!!!


Melalui entry semalam, teman dapati kebencian blogger dan penyokong-penyokong puak PR terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria masih berterusan dan teman percaya ianya akan tetap berterusan. Dalam artikel yang dipostkan bertarikh 19 Disember 2012 2.35pm, SUARA PAKATAN RAKYAT telah menyamakan mufti tersohor itu sebagai anjing! Mana tidaknya, dengan meletakkan gambar wajah beliau di badan anjing, adakah ianya dianggap bukan satu penghinaan..???

Sebelum ini pun kita sedia maklum, walau apapun fatwa yang dikeluarkan oleh para mufti dan cerdikpandai ilmuan islam yang membarisi Majlis Fatwa Kebangsaan, puak-puak PR tidak pernah pandang walau hanya sebelah mata kerana menganggap semua itu hanyalah hampas kerana tidak menguntungkan mereka, terutama PAS.

Thursday, 20 December 2012

NIK AZIZ BERTEGAS TETAP MAHU BERTANDING PRU 13



KOTA BAHARU  : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan. 
Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik.

"Insya-Allah...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung.

Ketika ditanya tentang kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya Umno menerima dasar Islam sebagai perjuangannya.

"Selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.
- Bernama

Tuesday, 18 December 2012

NIK AZIZ & HUSAM BAGI DURIAN RUNTUH KEPADA DAP.....???

Semalam blog Pisau.Net mendedahkan perihal pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming serta beberapa orang lagi telah memperolehi 10,526 ekar tanah di Kelantan. [Rujuk butiran di SINI]

Bila membaca butiran yang didedahkan oleh blog berkenaan, perolehan tersebut adalah melalui pengambilalihan Upayapadu Plantations (M) Sdn Bhd.

Melalui semakan, pemilikan asal Upayapadu adalah dibawah Datuk Seri Wong Yeon Chai. Rujuk kepada keratan The Star (4/5/2006) berhubung pemilikan Upayapadu dan penganugerahan pajakan 50 tahun keatas tanah berkaitan.

Monday, 17 December 2012

KERANA 'JAHAT DAN KOTOR', ADUN DAP DIARAH KELUAR DEWAN..!!!


SEREMBAN : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor hari ini mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai keluar dewan selepas ADUN DAP itu enggan menarik balik kenyataannya.

Speaker yang membuat keputusan itu mengikut Peraturan 6(5) Peraturan Tetap dewan, turut menggantung Ng daripada menyertai sidang dewan selama dua hari termasuk hari ini.

Sunday, 16 December 2012

DAP ADALAH BAPAK RASIS 1 MALAYSIA.....!!!


Hasrat untuk menjadikan DAP lebih multiracial dan mesra melayu tidak kesampaian dan telah ditolak oleh perwakilan. Calon-calon melayu di dalam perebutan JK pusat telah ditolak secara total oleh perwakilan yang majoritinya adalah cina.


Maka jadilah DAP sebagai sebuah parti yang pada permukaannya bersifat majmuk, tetapi pada hakikatnya bersifat perkauman. Macam kek icing perasa jeruk. Di luar manis, di dalam "masam mencocoh". 

Dalam hal ini tiada siapa yang lebih tepat ulasannya, melainkan Tunku Aziz;

"DAP sebenarnya didominasi oleh kaum Cina yang ekstrim".

MELAYU TIADA TEMPAT DALAM DAP....!!!

Seperti yang dijangka,mana mungkin parti yang mengamalkan rasis chauvanis dan ultrakiasu akan memberi kemenangan kepada calon calon melayu yang bertanding didalam pemilihan anggota CEC DAP.

Perwakilan DAP yang sedia rasis tidak akan sesekali memberi muka kepada melayu yang dikenali ramai sebagai bangsa kelas ketiga didalam DAP.

6 orang calon melayu iaitu Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton; Senator Ariffin S.M. Omar; Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor; Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada PRU ke-13; Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad. Kesemuanya kalah teruk dan amat memalukan...



KONSPIRASI TENDANG KARPAL AKAN TETAP DITERUSKAN.....

Konspirasi menyingkirkan Pengerusi DAP, Karpal Singh daripada menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) akan berterusan tidak kira dalam pemilihan kali ini atau akan datang. Perkara itu berikutan wujudnya puak tertentu dalam parti yang turut didalangi pemimpin tertentu DAP untuk memastikan Karpal tidak menjadi halangan mereka ke Putrajaya. 

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang, Selangor, R. Vellasamy mendakwa, ketika ini, Dinasti Lim sedang menerima tekanan dari peringkat akar umbi yang mahu Karpal terus kekal menerajui kepimpinan tertinggi parti tersebut. Menurutnya, akibat tekanan itu peluang menjatuhkan Karpal mungkin menjadi sukar. "Konspirasi menjatuhkan Karpal akan tetap berlaku, jika kali ini beliau berjaya mempertahankan jawatan, mungkin dalam pemilihan akan datang beliau akan disingkirkan.



Saturday, 15 December 2012

PRU 13 - DAP TAMBAH 13 KERUSI, PAS BALACI TERBAIK....!!!!



DAP mahu tambahan 13 kerusi pada PRU-13, Pas tetap jadi balaci.

DAP mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pertambahan 13 kerusi adalah atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Friday, 14 December 2012

PAS SESAT.... AMALKAN SYIRIK....???


Ada syirik dalam PAS kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme, kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Haji Ismail Mina Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika membandingkan keadaan ini dengan Umno dalam Wacana Meja Bulat terbitan Antarapos yang membincangkan tajuk 'Ulama Sebagai Pemimpin' di sini, baru-baru ini.