Tuesday 18 December 2012

NIK AZIZ & HUSAM BAGI DURIAN RUNTUH KEPADA DAP.....???

Semalam blog Pisau.Net mendedahkan perihal pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming serta beberapa orang lagi telah memperolehi 10,526 ekar tanah di Kelantan. [Rujuk butiran di SINI]

Bila membaca butiran yang didedahkan oleh blog berkenaan, perolehan tersebut adalah melalui pengambilalihan Upayapadu Plantations (M) Sdn Bhd.

Melalui semakan, pemilikan asal Upayapadu adalah dibawah Datuk Seri Wong Yeon Chai. Rujuk kepada keratan The Star (4/5/2006) berhubung pemilikan Upayapadu dan penganugerahan pajakan 50 tahun keatas tanah berkaitan.



Siapa sebenarnya Wong Yeon Chai? Menurut laporan Utusan (26/4/2001), beliau turut dikenali sebagai Tengku Wong. 


Pada tahun 1992, Wong telah mencetuskan kontroversi dalam industri pembalakan, apabila Menteri Perusahaan Utama Dr Lim Kheng Yaik mendakwanya sebagai membawa keluar hasil hutan secara haram. [Rujuk NST 20/12/1992]


Beliau sebenarnya telah disenaraihitamkan untuk kerja-kerja pembalakan di Pahang. Namun, Wong tidak berhenti setakat itu. 

Beliau telah menyaman Kerajaan Pahang dan ini telah dijadikan isu politikoleh pihak  pembangkang. Sepatutnya mereka turut sama mempertahankan tindakan MB Pahang sebaliknya mereka memperbesar-besarkan seolah-olah Pahang dan rakyatnya berhutang.

Blog Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (4/9/2009) telah memperbesarkan kes saman Upayapadu milik Wong dan petikan adalah seperti di bawah;


Meskipun Wong mempunyai track record yang teruk, pelik apabila Kerajaan PAS Kelantan dibawah MB TG Nik Aziz begitu mudah meluluskan projek berkenaan. Dalam hal ini, mustahil Exco Kelantan Husam Musa tidak mengenali Wong, yang telah sememangnya menjadi individu yang penuh kontroversi sejak 1992.

Seperkara lagi, projek keatas tanah seluas 10,526 ekar tersebut mendapat pembiayaan dari Forest Plantations Development Sdn Bhd (FPD), iaitu anak syarikat Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB) dengan jumlah pinjaman RM16.2 juta.

Daripada jumlah RM16.2 juta, sebanyak RM2.0 juta telah digunakan oleh Upayapadu melalui pengurusan lama.

Melalui surat yang didedah oleh Pisau.Net, pemilik baru Upayapadu yang diketuai oleh Ngeh telah memohon penyambungan pinjaman RM16.2 juta tersebut, keatas projek yang telah terbengkalai semenjak 2007.

Persoalannya, apakah FPD akan meluluskan utilisation keatas baki RM14.2 juta yang belum digunakan, kepada projek telah terbengkalai selama 5 tahun?

Kalau FPD meluluskan permohonan tersebut, bermakna DAP bakal menerima durian runtuh yang berupa dan RM14.2 juta pula disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan, disamping pajakan 50 tahun keatas tanah seluas 10,526 ekar dari Kerajaan Negeri Kelantan. Itu belum lagi RM24 juta dari saman keatas Kerajaan Pahang, yang didoakan kemenangannya oleh Anwar Ibrahim. 

Oh lumayan, lumayan!

Kredit to : AKAR UMBI

No comments: