Sunday 16 December 2012

KONSPIRASI TENDANG KARPAL AKAN TETAP DITERUSKAN.....

Konspirasi menyingkirkan Pengerusi DAP, Karpal Singh daripada menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) akan berterusan tidak kira dalam pemilihan kali ini atau akan datang. Perkara itu berikutan wujudnya puak tertentu dalam parti yang turut didalangi pemimpin tertentu DAP untuk memastikan Karpal tidak menjadi halangan mereka ke Putrajaya. 

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang, Selangor, R. Vellasamy mendakwa, ketika ini, Dinasti Lim sedang menerima tekanan dari peringkat akar umbi yang mahu Karpal terus kekal menerajui kepimpinan tertinggi parti tersebut. Menurutnya, akibat tekanan itu peluang menjatuhkan Karpal mungkin menjadi sukar. "Konspirasi menjatuhkan Karpal akan tetap berlaku, jika kali ini beliau berjaya mempertahankan jawatan, mungkin dalam pemilihan akan datang beliau akan disingkirkan.



No comments: