Sunday 16 December 2012

DAP ADALAH BAPAK RASIS 1 MALAYSIA.....!!!


Hasrat untuk menjadikan DAP lebih multiracial dan mesra melayu tidak kesampaian dan telah ditolak oleh perwakilan. Calon-calon melayu di dalam perebutan JK pusat telah ditolak secara total oleh perwakilan yang majoritinya adalah cina.


Maka jadilah DAP sebagai sebuah parti yang pada permukaannya bersifat majmuk, tetapi pada hakikatnya bersifat perkauman. Macam kek icing perasa jeruk. Di luar manis, di dalam "masam mencocoh". 

Dalam hal ini tiada siapa yang lebih tepat ulasannya, melainkan Tunku Aziz;

"DAP sebenarnya didominasi oleh kaum Cina yang ekstrim".


"Orang Melayu perlu menerima hakikat laungan DAP untuk membantu mereka hanyalah sekadar retorik dan cakap semata-mata".

``Apa yang berlaku di Kongres DAP semalam seharusnya menyedarkan orang Melayu yang parti ini tidak boleh diharapkan untuk membela nasib kita". 

Samarata, adil, demokratik, tidak boleh bersifat rasis dan hapuskan diskriminasi kaum hanyalah perkataan-perkataan "tempelan" yang dilekatkan di cermin kereta atau pun pada bunting dan banner DAP. Hakikatnya, DAP adalah Bapa Rasis 1Malaysia (BRiM), Bapa Chauvinis 1Malaysia (BCiM) dan Bapa Diskriminasi 1Malaysia (BDiM). DAP juga adalah Bapa Kuku besi 1Malaysia (BKiM).

Siapa lagi yang mengeluarkan kenyataan seperti di bawah jika bukan DAP?;

"Tanah di bahagian pulau di Penang sangat berharga dan adalah merugikan untuk dibangunkan rumah mampu milik PRIMA kerana bahagian pulau lebih menguntungkan untuk dibangunkan kawasan elitis yang bernilai tinggi. Rumah PRIMA lebih sesuai dipindahkan ke bahagian tanah besar."

Siapakah yang bakal menjadi mangsa terbesar jika kenyataan di atas menjadi realiti?

Pembangunan ekonomi secara "affirmatif" bukan anutan DAP. Anutannya adalah ekonomi kapitalis total. Wang bagi DAP adalah segala-galanya. Segalanya dinilai dari sudut "shareholderwealth" dan "memaksimakan keuntungan" dengan mengkesampingkan soal keadilan sosial dan ekonomi.

DAP hanya peduli soal "keadilan politik dan kuasa". Keadilan sosial dan ekonomi di dalam masyarakat tidak perlu diperjuangkan kerana jika diperjuangkan, ia akan merugikan kaum mereka. Kaum mereka sudah jauh ke hadapan di dalam soal ekonomi. 

Mereka tidak mahu perkembangan ekonomi diperlahankan untuk memberi peluang yang lebih adil dan seimbang kepada seluruh kaum seperti yang diamalkan oleh BN. Itu sebab DAP menentang sama sekali konsep keadilan ekonomi atau affirmative action yang diamalkan melalui DEB. 

Mereka hanya mahu "kuasa politik saja" yang perlu diagihkan secara tindakan affirmatif dan tiada mana-mana parti yang mendominasi sesuatu gabungan. Kuasa politik mesti diseimbangkan.

Itu sebab gabungan komponen pakatan rakyat mengamalkan prinsip "tidak berketua". DAP, PAS dan PKR mesti sama-sama berkuasa dan tiada siapa yang dominan dan "tiada siapa yang berketuakan sesiapa" di dalam pakatan rakyat.

Jika pakatan pembangkang mentadbir negara ini, maka negara ini akan mempunyai 3 nakhoda. Tiada mana-mana pihak yang boleh memutuskan apa-apa dalam sebarang perkara jika salah satu dari komponen pakatan tidak bersetuju dalam sesuatu perkara. 

Jika itu keadaannya, kapal pakatan rakyat pasti akan tenggelam sebaik saja mereka belayar memasuki zon perairan eksklusif di luar 3.5 KM radius pesisir pantai.

Baru diberi mandat mentadbir kerajaan negeri, pakatan sudah menampakkan ketidakmampuannya untuk mentadbir kerajaan secara adil. Apatah lagi jika diberi mandat untuk mentadbir zon perairan eksklusif di peringkat pusat. Kemampuan pentadbiran mereka hanya berkisar di kawasan pesisir di dalam lingkungan 3.5KM radius saja. 

Mungkin carigali minyak yang diusahakan Petronas di zon eksklusif pun akan diserah kepada 7 sisters asing untuk diusahakan, kerana cara itu lebih kapitalis dan menguntungkan mereka dari segi "nilai wang".

Maklum sajalah jika Petronas sudah tidak dimilik negarakan lagi, dunia persaingan akan lebih sengit. Nasib melayu sekali lagi akan jadi sepertimana nasib melayu yang bersaing di dalam perebutan jawatan CEC.

sumber

1 comment:

$ said...

Yang tengah berkuasa kini pon tak nak pada islam......apa nak dikata