Monday, 7 November 2016

KEJAM - MAYAT REMAJA DIKERAT 10 DAN KEPALA TERPUTUS DITEMUI


Muar:  Kepala dipisahkan dari badan manakala tubuh seorang remaja lelaki dipercayai berusia 19 tahun, dipotong kepada hampir 10 bahagian, dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum disorok dalam pembetung saluran air longkang sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, di sini, hari ini.


Mangsa yang masih belum diketahui identitinya, dipercayai dibunuh tiga hari lalu, dan mayatnya dikerat-kerat sebelum dimasukkan ke dalam lima beg plastik.

Polis sedang berusaha memastikan motif, termasuk kemungkinan cemburu berebutkan wanita dalam pembunuhan kejam ala kes Mona Fandey pada 1993, yang memotong mayat Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, kepada 18 bahagian.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, pemilik rumah itu terhidu bau busuk ketika membersihkan rumahnya sebelum menemui pergelangan kaki lalu menghubungi polis.

Polis menerima panggilan pada 3.15 petang dan sepasukan polis menemui lima bungkusan plastik mengandungi keratan tubuh manusia sebelum menemui kepala yang ditanam di kawasan berhampiran rumah itu.

“Kami percaya mangsa adalah lelaki berusia bawah 20 tahun dan dibunuh di tempat lain.

Berdasarkan keadaan anggota badan, kejadian mungkin berlaku lebih tiga hari lalu,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Polis juga sedang menyiasat tempat dan cara mangsa dibunuh serta senjata yang digunakan, termasuk bagi mengerat mayat.

Setakat ini, seorang lelaki juga berusia bawah 20 tahun sudah ditahan di sebuah rumah berhampiran tempat kejadian bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, kita dapati suspek tiada rekod jenayah lampau,” kata Mohad Idris.

Menurutnya, semua anggota badan itu dihantar ke Hospital Tangkak dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya. - hMetro
----------
Assalamualaikum YDH Dato' Sri / Dato'.

KEJADIAN JUMPA SATU MAYAT BERKEADAAN DIPOTONG DI BAWAH TITI PARIT KONKRIT DI ALAMAT JK 19 KESANG LAUT,BATU 2 TANJUNG GADING,SG.MATI TANGKAK

Sg.Mati report 3566/16 - 6/11/16,seksyen 302 k.k,I/O ASP Azmi bin Hj.Ali,hp 012 3344200.

Pengadu :-

Konst.195xxxx Mohamad Faris bin Hasnor,30 tahun,anggota DCC IPD Tangkak Johor.

Mangsa :-


Belum dikenalpasti ( keadaan kedua belah kaki si mati dipotong di paras betis/lutut,kepala si mati putus dan ditanam di dalam tanah,keseluruhan tubuh badan mayat si mati dipotong ).

Fakta kes :-

Pada 6/11/16 jam lebih kurang 1515hrs semasa pengadu sedang bertugas di DCC IPD Tangkak Johor terima panggilan telefon daripada seorang lelaki Melayu memaklumkan ada terjumpa ( 1 ) mayat di alamat di atas.

Siasatan telah dijalankan di tempat kejadian dan didapati tempat kejadian adalah seperti berikut :-

1) Kejadian berlaku di alamat JK 19,Jalan Kesang Laut,Batu 2 Tanjung Gading,Sg.Mati Tangkak Johor.

2) Lokasi kejadian merupakan kawasan perumahan kampung.

3) Mayat si mati telah ditemui berkeadaan dipotong dan diisikan di dalam beberapa beg plastik hitam di bawah titi parit konkrit di hadapan sebuah rumah di alamat JK 19 Jalan Kesang Laut,Batu 2,Tanjung Gading,Sg.Mati Tangkak Johor.

4) Terdapat beberapa buah rumah jiran di hadapan rumah tempat kejadian.

5) Terdapat jalan besar terletak kira kira 35 Meter daripada hadapan rumah tempat kejadian.

6) Bahagian kiri dan kanan rumah di tempat kejadian merupakan kawasan tanaman pokok kelapa sawit.

7) Keadaan cuaca adalah baik dan cerah.

Ulasan / tindakan :-

1) I.O dibantu pegawai / anggota Unit Forensik JSJ IPD Muar, Insp.Risikan / Operasi dan detektif JSJ IPD Tangkak serta KPB Sg.Mati telah hadir di tempat kejadian.

2) Penghuni di dalam rumah di tempat kejadian yang terdiri 1 lelaki Melayu dan 2 perempuan Melayu tidak mengetahui tentang kejadian sebelum dilaporkan.

3) Kejadian hanya disedari oleh salah seorang anak menantu lelaki penghuni rumah yang pulang ke rumah lalu terbau busuk dan dapati bau busuk adalah daripada cebisan mayat yang ditemui yang telah dipotong.

4) Butiran anak menantu lelaki penghuni rumah ialah :-

4.1. Kpl 160xxx Badrul Hisham bin xxx xxxx,32 tahun,anggota D9 JSJ IPD Muar Johor.

5) Penama di para 4.1 adalah anak menantu lelaki pemilik rumah di tempat kejadian yang tinggal bersama sama pemilik rumah disebabkan isteri berpantang bersalin.

6) Penama di para 4.1 telah menemubual adik ipar lelaki ( suspek ) lalu hasil temubual ke atas suspek dapati :-

6.1) Suspek ada berkawan dengan seorang janda perempuan Melayu lalu hubungan ini dilarang oleh si mati.

6.2) Si mati telah datang ke rumah suspek kira kira 4-5 hari yang lepas lalu berlaku pergaduhan di.antara suspek dengan si mati.

6.3) Si mati telah dipukul menggunakan  senjata tajam/tumpul lalu mayat si mati dikerat dan dimasukkan di dalam plastik hitam dan disembunyikan di bawah titi konkrit di hadapan rumah.

7) Butiran diri suspek ialah :-

7.1 Muhammad Firdaus bin Hamzah ( OKU ketidakupayaan masalah pembelajaran ),k/p. 970810-01-xxxx, 19 tahun,alamat rumah sama di atas.

8) Usaha mengesan butiran diri si mati dan  bahagian kepala si mati yang masih belum ditemui masih dijalankan.

Siasatan lanjut masih diteruskan.

Terima kasih YDH Dato' Sri / Dato'.

Post a Comment