Sunday 6 November 2016

DULU TENTANG DEMO JALANAN, SEKARANG TURUT SERTA, DI MANA MORAL TUN M ?


RANTAU PANJANG 5 Nov. - Moral bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dipersoal apabila beliau menyokong dan pernah terlibat secara langsung dengan siri perhimpunan haram Bersih walaupun penganjurnya dikaitkan dengan George Soros.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika menjadi Perdana Menteri, Soros merupakan individu paling dibenci Dr. Mahathir sehingga beliau menggelar hartawan Amerika Syarikat itu sebagai penyangak mata wang.

Malah kata beliau, Dr. Mahathir turut ‘mendidik’ rakyat Malaysia supaya membenci Soros kerana cuba menjatuhkan kerajaan ketika itu.

“Hari ni Soros, kalau benar, dikatakan memberi bantuan kepada Bersih manakala Dr. Mahathir pula bersama Bersih berarak di atas jalan raya mengatakan inilah cara terbaik menumbangkan kerajaan.

“Dari segi moral, bagaimana kita boleh membuka negara kita kepada Soros. Dia mengajar kita Soros itu adalah orang paling tidak baik, Soros pula beri sumbangan kepada Bersih untuk tumbangkan kerajaan dan Dr.Mahathir pula boleh sokong,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersam Rakyat dan Pelancaran Jentera PRU-14 Parlimen Rantau Panjang di Kampung Kuau, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


No comments: