Monday, 22 February 2016

SULTAN JOHOR 'REDAH' KAMPUNG TANPA ISTIADAT UNTUK SELAMI KEHIDUPAN RAKYAT


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengejutkan penduduk Kg Lepau, Kota Tinggi apabila tiba-tiba muncul tanpa sebarang pemberitahuan awal, 6 Februari lalu.


Malah gara-gara terkejut melihat kedatangan baginda, seorang gadis yang dirakam dalam video dikongsikan di Facebook Sultan Ibrahim Official kelihatan memanggil ibunya, “Mak! Mak! Sultan Johor datang..”



Sumber Video: Facebook Sultan Ibrahim Official
Dalam video berkenaan, Baginda turut kelihatan menyapa tiga wanita yang sedang berehat di pangkin luar rumah dan turut berkenan bersalaman dengan bayi yang didukung oleh salah seorang mereka selain berhenti di sebuah kedai runcit.
Bagaimanapun, penduduk Kg Lepau sebenarnya sudah terbiasa dengan sifat rendah diri Baginda yang sememangnya dikenali gemar mendekati penduduk kampung tersebut apabila bercuti di Sebana Cove berdekatan.
Sebana Cove yang tenang dan damai merupakan antara kawasan kegemaran Baginda untuk bercuti pada hujung minggu.
“Saya suka melawat ke kampung-kampung dan berbual bersama orang-orang kampung dengan secara santai, tanpa tatacara istiadat yang ada ketika kunjungan rasmi.
“Ia juga memberikan saya pandangan secara sepintas lalu kepada gaya kehidupan harian mereka dan saya mendapat tahu mengenai banyak perkara dengan cari ini,”titah Tuanku Sultan Ibrahim, sebagaimana dimuat naik di Facebook ‪#‎sultanibrahimofficial‬
Sumber  –  MYNEWSHUB.CC

Post a Comment