JOHOR BAHRU: Seorang pelayan pelanggan (GRO) ditahan, pagi tadi berhubung catatannya di laman sosial Facebook (FB), yang didakwa menghina Sultan Johor. Wanita berusia 26 tahun yang berasal dari Pontian, ditahan kira-kira jam 3 pagi di tempat letak kereta berhadapan Plaza Sentosa di Jalan Sutera.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata suspek ditahan susulan laporan polis dibuat pada 15 Disember tahun lalu. Laporan itu dibuat oleh seorang pengadu dari Majlis Gabungan Johor di Kedai Makan Haikam, Jalan Putra 1 Taman Putra, di sini, selepas mendapati catatan yang dimuat naik di FB menghina Sultan Ibrahim Iskandar.
"Suspek yang menggunakan nama Chinta Fina bagi akaun FB ditahan pada jam 3 pagi dan reman ke atas suspek akan dibuat petang ini," katanya, di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
No comments:
Post a Comment