Tuesday 26 January 2016

SERPIHAN DI PANTAI NAKHON SI THAMMART BUKAN MILIK #MH370.... DAH AGAK DAH...



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia hari ini mengesahkan serpihan ditemui di pantai Nakhon Si Thammart di daerah Pak Phanang, Thailand bukan milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi yang dapat mengaitkan dengan pesawat malang berkenaan.


Ia dibuat sehari selepas firma Jepun, Mitsubishi Heavy Industries memberitahu bahawa serpihan berkenaan mungkin daripada roket keluarannya.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, pasukan pakar kerajaan dan Malaysia Airlines sudah menganalisis serpihan terbabit di Thailand.

"Berdasarkan laporan terperinci, kami dapat memastikan bahawa nombor bahagian ia dikilangkan, nombor gumpalan wayar dan nombor bahagian batang logam tapi tidak menyamai daripada Boeing 777," menurut kenyataan itu.


Penemuan serpihan itu Sabtu lalu mencetuskan spekulasi ia mungkin bahagian pesawat Boeing 777 penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 bersama 239 penumpang dan kru ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Penyiasat mempercayai pesawat itu terhempas di kawasan terpencil di Lautan Hindi walaupun punca kehilangannya masih terus menjadi misteri.

Pada Julai lalu pula, bahagian sayap dikenali sebagai flaperon ditemui terdampar di pantai Pulau Reunion, Lautan Hindi, beribu-ribu kilometer dari Thailand.

Pihak berkuasa Perancis mengesahkan serpihan terbabit adalah daripada MH370. Susulan itu, tiada lagi serpihan ditemui walaupun pencarian secara intensif digerakkan di Lautan Hindi.

Semalam, Mitsubishi Heavy Industries menyatakan serpihan yang ditemui di Thailand itu menunjukkan nombor siri sebuah roket yang digunakan ketika pelancaran satelit. - AFP

Sejak dari awal dah agak akan jd mcm ni...

No comments: