Tuesday, 26 January 2016

MAYAT PATI BERGELIMPANGAN DI PANTAI TANJUNG KELISA

KOTA TINGGI: Sejumlah mayat ditemui terdampar di Pantai Tanjung Kelisa oleh warga tempatan ketika dia sedang melakukan tugas.

Kesemua mayat tersebut dipercayai warga Indonesia yang merancang untuk pulang ke Indonesia dengan menggunakan bot pancung. Berikutan cuaca yang tidak elok ditambah dengan laut yang bergelora serta angin kencang, pihak polis percaya bot yang mereka naiki terbalik sebelum mayat mereka dihanyutkan ke pantai tersebut.
20160125210517
Menurut Rosli, warga tempatan yang membuat laporan tentang kejadian, mayat-mayat tersebut dijumpai oleh pekerjanya pada jam 8.40 pagi. Selepas menerima laporan, pihak polis melancarkan Operasi SAR pada jam 9.00 pagi dengan kekuatan seorang pegawai dan 15 anggota daripada Pasukan Polis Marin serta seorang sarjan bersama enam anggota daripada Balai Polis Bandar Penawar.
Sehingga kini, jumlah mayat yang berjaya ditemui sudah meningkat kepada 13 orang kesemuanya. Empat daripada mayat yang ditemui adalah lelaki dan selebihnya wanita. Kesemua mayat yang ditemui akan dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk tindakan selanjutnya.

No comments: