Friday, 29 January 2016

SERPIHAN PESAWAT DI PANTAI BETING LINTANG, BESUT MILIK #MH370 ???

Kampung Beting Lintang, Besut, gempar apabila mereka menjumpai sekeping objek seakan-akan kepingan daripada pesawat terdampar di pantai berhampiran kampung itu.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung penemuan objek yang dikatakan kira-kira dua meter lebar itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, mengesahkan menerima maklumat berhubung penemuan itu.

“Polis baru saja mendapat maklumat berhubung penemuan itu, kita akan periksa dulu,” katanya.

Katanya, serpihan objek yang ditemui berkemungkinan adalah sebahagian badan pesawat.

Serpihan itu selebar dua meter, ditemui kira-kira 50 meter dari pantai berkenaan.

Polis Terengganu sudah memaklumkan penemuan serpihan itu kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menyiasat.

Sabtu lalu, satu serpihan turut ditemui di pantai Nakhon Si Thammart, Thailand dan disahkan bukan milik penerbangan pesawat MH370.

Hasil analisis sepasukan pakar kerajaan dan Malaysia Airlines nombor bahagian ia dikilangkan, nombor gumpalan wayar dan nombor bahagian batang logam tapi tidak menyamai daripada Boeing 777.

Tiga pakar termasuk penyiasat MH370 tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini untuk meneliti objek yang dipercayai serpihan pesawat.

Ketiga-tiga mereka tiba di sini kira-kira jam 10.36 pagi.

Difahamkan, turut menyertai rombongan itu adalah wakil daripada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan pegawai Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA), Kapten Mior Nor Badrisham Mohamad.

Mereka mengambil masa 20 minit untuk meneliti objek berkenaan sebelum meminta polis menunjukkan lokasi ia ditemui di Pantai Beting Lintang, di sini.

Post a Comment