Tuesday, 13 October 2015

PEGI TESCO... BELI BAYAM DAPAT ANAK ULAR PERCUMA.... !!!


PENEMUAN objek aneh dan jijik seperti bangkai binatang dalam produk yang dibeli khususnya makanan boleh dikatakan sudah acapkali berlaku.

Tapi apa yang dialami oleh seorang isteri dan ibu di Shah Alam, Selangor ini benar-benar memeranjatkan. Mana tidaknya, sayur bayam yang dibeli turut didatangkan khas dengan seekor anak ular!
unnamed (1)
Menurut Rafidah Yaacob, sayur bayam berisi anak ular itu dibeli di sebuah pasaraya terkenal dengan harga RM2.04.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada anak ular tersebut masih hidup ataupun tidak ketika ditemui.
unnamed (2)
Apa pun, insiden ini perlulah diambil serius oleh pihak pasaraya kerana ia melibatkan keselamatan pengguna.
Bayangkan jika anak ular itu masih hidup dan mematuk mangsa. Tak pasal-pasal pulak kan.
Paling menakutkan, kalau ular itu tanpa sengaja dimasak bersama-sama sayur dan jadi santapan seisi keluarga. Kan dah jadi kes naya!
Moga-moga insiden seperti ini tidak lagi berulang dan pihak pasaraya lebih peka terhadap kualiti barangan yang dijual kepada pengguna. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment