Tuesday, 13 October 2015

PEGUAM NEGARA SAHKAN 1MDB TIDAK MEMBUAT KESALAHAN


Peguam Negara Tan Sri Appandi Ali menegaskan keputusan untuk tidak mendakwa pegawai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah kerana tiada kesalahan dilakukan berikutan Bank Negara telah dimaklumkan perubahan dan tidak menghalang perubahan tersebut.

Peguam Negara dalam kenyataan akhbar hari ini menyatakan, 1MDB mematuhi semua prosedur dalam mendapat tiga kelulusan Bank Negara bagi pelaburan di luar negara pada 29 september 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

Bank Negara hanya mengambil masa tiga hari untuk meluluskan permohonan tersebut.

"Apabila 1MDB meminta wang dimasukkan kepada akaun yang berlainan dari permohonan asal, Deutsche Bank (Malaysia) telah merujuk perkara tersebut kepada Bank Negara Malaysia.”

Menurut Peguam Negara, Bank Negara Malaysia memberi maklum balas dengan menasihati Deutsche Bank (Malaysia) bahawa ia adalah keputusan perniagaan dan pihak mereka tidak berniat untuk mendapat penjelasan lanjut selagi ia tidak lari dari tujuan asal permohonan.

"Bank Negara sebagai Pengawal Kewangan tidak menghalang pemindahan terbabit mahupun mengarahkan Deutsche Bank (Malaysia) supaya menasihati 1MDB mendapatkan semula kebenaran. Adalah jelas tiada sebarang permintaan maklumat lanjut dari Bank Negara Malaysia pada masa tersebut.”

Menurut Peguam Negara, permintaan Bank Negara supaya mendakwa 1MDB kerana gagal memberi beberapa maklumat tertentu tidak dapat dipenuhi kerana 1MDB hanya perlu memberi maklumat-maklumat terbabit sekiranya diminta oleh Bank Negara ketika itu.

Malangnya, Bank Negara tidak membuat sebarang permintaan untuk pendedahan maklumat tersebut.

Adalah jelas Bank Negara tidak menghalang sebarang perubahan terbabit sungguhpun dimaklumkan oleh pihak Deutsche Bank ketika itu. [Gambar press statement]

Semua borang-borang yang berkaitan bagi kiriman wang dalam kes ini tidak diperlukan pemohon menyatakan nombor akaun bank dan benefisiari.
“Setakat 1MDB maklum, ia perlu mengisi borang yang berkaitan dan bertindak balas kepada pertanyaan oleh bank pusat.
“Jika BNM tidak meminta maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB disalahkan kerana ia telah diisi borang yang diperlukan dan maklum balas kepada pertanyaan yang dibuat,” katanya.
Menurut beliau, pegawai-pegawai 1MDB semasa proses mendapatkan kebenaran yang telah mematuhi arahan yang diberikan, dan kelulusan bank pusat telah diberikan.

Post a Comment