Wednesday, 14 October 2015

KHAIRUDDIN DAN SOSMA......



1)    Khairuddin telah membuat laporan polis di Perancis, Switzerland, London, Singapura serta Hong Kong berhubung isu 1MDB kerana kononnya tidak lagi yakin penguatkuasa di Malaysia mampu menjalankan siasatan secara adil.

2)    Penahanan Khairuddin di bawah Sosma bukanlah kerana beliau lantang bersuara mengkritik 1MDB sebaliknya atas tindakannya membuat laporan polis di beberapa buah negara ini.

3)    Akta Sosma juga digubal bukan semata-mata untuk mencegah keganasan sebaliknya akta ini digubal berdasarkan tiga perkara lain iaitu menimbulkan rasa tidak setia kepada Yang Dipertuan Agong, memudaratkan ketenteraman awam serta mendapatkan perubahan selain dari cara sah yang menurut undang-undang.

4)    Selain daripada itu, Fasal 3(b) akta Sosma juga memberi tafsiran berkenaan maksud perkataan ‘maklumat sensitif’ iaitu perkara yang menyentuh kedaulatan, keselamatan negara, pertahanan, ketenteraman awam, dan hubungan antarabangsa sama ada atau tidak dikelaskan sebagai rahsia besar, rahsia, sulit atau terhad.

5)    Justeru, tindakan Khairuddin yang membuat laporan polis di luar negara adalah jelas telah melanggar dua dari empat objektif utama penggubalan akta Sosma ini iaitu memudaratkan ketenteraman awam dan mendapatkan perubahan selain dari cara yang sah menurut undang-undang. Tindakan beliau juga secara tidak langsung telah mendedahkan maklumat sulit seperti yang ditarifkan melalui akta Sosma ini.

6)    Tindakan beliau membuat laporaan polis di luar negara bukan sahaja mengundang campur tangan pihak luar terhadap hal ehwal dalaman negara malah mampu memudaratkan kedaulatan negara sekaligus menjejaskan hubungan antarabangsa antara Malaysia dan negara-negara terbabit.

7)    Tindakan Sosma yang diambil ke atas Khairuddin bukanlah kerana beliau lantang mengkritik serta bersuara dalam isu 1MDB sebaliknya ianya diambil atas tindakannya yang membuat laporan polis di luar negara. Sosma bukanlah semata-mata untuk mencegah keganasan malah terdapatnya peruntukan lain.

8) Maka jelas, penahanan Khairuddin adalah selaras dengan peruntukan di bawah Sosma.

- Mohamed Azmadi

BAGAIMANAPUN, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membuat penjelasan bahawa, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang Wen Chieh tidak disabitkan dakwaan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) seperti yang didakwa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kedua-dua individu itu didakwa di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan.

Menerusi kenyataan media yang diadakan di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya, hari ini, Mohamed Apandi menjelaskan Sosma merupakan satu prosedur undang-undang yang menyediakan langkah-langkah khas untuk memudahkan penyiasatan dan pendakwaan berhubung kes ‘kesalahan keselamatan’.

Kesalahan keselamatan di bawah Sosma juga adalah tidak hanya tertakluk kepada tindakan pengganas yang menganggu ketenteraman awam dan negara seperti mana yang didakwa Dr. Mahathir.

“Apabila Sosma digubal, ‘kesalahan keselamatan’ adalah kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan dan Bab VIA Kanun Keseksaan (kesalahan yang berkaitan dengan keganasan),” kata beliau.

Semalam, Tun Dr Mahathir mempersoalkan pendakwaan terhadap Khairuddin dan Matthias mengikut Sosma yang dikatakan sebagai satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa.

Mengikut fakta kes, Khairuddin dan Matthias semalam didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atau tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun. -Kedahnews.com

Post a Comment