Wednesday 23 September 2015

PASANGAN PELAKON SUAMI ISTERI EKSIDEN - KERETA BERPUSING 5 KALI DAN HAMPIR JATUH GAUNG BERHAMPIRAN TEROWONG MENORA



TIADA perasaan yang dapat digambarkan oleh pelakon Azad Jazmin selain bersyukur kehadrat Ilahi apabila dia sekeluarga terselamat dalam satu tragedi kemalangan berdekatan Terowong Menora, Ipoh pada Ahad lalu.

Bercerita mengenai detik cemai yang dilalui, Azad memberitahu kemalangan itu berlaku kira-kira jam 5 petang ketika dia, isteri, anak perempuan dan adik lelakinya sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang.

kereta azad
Menurut Azad, kemalangan itu berpunca daripada kesan minyak tumpah di luar terowong.
“Kereta yang dipandu saya terbabas setelah berpusing sebanyak lima kali. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta saya hancur. Saya bersyukur kerana masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas.
“Pelbagai perkara berlegar di benak fikiran dan saya menyangka kereta itu akan jatuh ke gaung. Saya sempat menoleh kepada adik lelaki saya di belakang sambil mengungkapkan kata-kata maaf kepadanya.
“Syukur juga isteri saya, Eira memegang erat anak perempuan kami di bahagian belakang dalam keadaan getir itu.
“Keadaan menjadi bertambah kalut apabila ada peminat terlihat kami terlibat dalam kemalangan dan ingin bergambar. Lantas menjadikan lebuh raya sesak seketika,”katanya kepada BH Online.
Alahai, kesian Azad dan Eira… dalam keadaan masih terkejut dan trauma selepas kejadian itu, ada pula insan yang tidak memahami dan mementingkan diri.
– MYNEWSHUB.CC

No comments: