Wednesday, 23 September 2015

DIKATAKAN MAHU MEROGOL PELAKON EINA AZMAN... DATUK JAMAL BUAT 17 LAPORAN POLIS


DATUK Jamal Md. Yunos pada Rabu membuat 17 laporan polis berhubungan pelbagai dakwaan liar kepadanya yang disifatkan oleh beliau sebagai fitnah dan tohmahan.

Salah satu laporan yang dibuat adalah berkenaan dakwaan menerusi media sosial dan blog yang mendakwa beliau konon ingin merogol seorang artis tempatan, Eina Azman.
“Memang saya kenal ramai artis kerana saya juga mempunyai perniagaan dalam bidang hiburan tetapi kami sekadar berkawan. Tidaklah sampai hendak melakukan perkara-perkara tak elok,” katanya.

Selain itu, beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, membuat laporan polis mengenai satu dakwaan dari sebuah blog yang memaparkan gambar beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Blog itu mendakwa beliau yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu konon menerima wang berjumlah RM3 juta daripada Najib, menurut laporan portalTheRakyatPost.
“Saya menafikan yang saya terlibat seperti apa yang didakwa dalam media sosial mengenai Eina Azman, saya hendak ludah Tun Mahathir, terima RM3 juta untuk anjur himpunan dan macam-macam lagi.
“Saya lihat semakin keterlaluan. Jadi hari ini saya bersama peguam, dah berbincang beberapa hari yang lepas untuk ambil tindakan pada mereka yang tak bertanggungjawab,” katanya yang dipetik MalaysiaKini.
Dalam pada itu, Jamal meminta semua pihak agar tidak mudah untuk mempercayai berita yang tersebar itu, sebaliknya beliau mahu mereka berfikir secara logik sebelum menerimanya bulat-bulat. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment