Wednesday 23 September 2015

FAHAMKAN KENAPA US SOAL SIASAT DS NAJIB DAN KELUARGA


Topik utama di Malaysia hari ini didominasi dengan artikel oleh The New York Times yang menyatakan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak sedang disoal selidik oleh juri persekutuan untuk dakwaan rasuah.

The New York Times juga merupakan akhbar sama yang menerbitkan temu bual bersama Tun Mahathir pada Jun 2015 yang menghentam Perdana Menteri, UMNO dan kerajaan Malaysia pada hari yang sama Menteri Luar, Anifah Aman sepatutnya hadir dan berucap di Persidangan Agung PBB Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini menyebabkan Anifah Aman menulis surat terbuka kepada The New York Times dan menghentam Tun Mahathir atas sikap biadap beliau dengan menyatakan kekesalan terhadap Tun M merendahkan Malaysia menggunakan media asing.

Menakjubkan, hari ini sekali lagi merupakan sesi persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu  - pertama kali sejak Jun. Malah, Najib sedang dalam perjalanan ke New York untuk  Perhimpunan Agung PBB serta sambutan ulang tahun ke-70 pertubuhan itu. 


Pemilihan masa untuk penerbitan artikel ini sangat mencurigakan dan dilihat seolah-olah sengaja dilakukan untuk memalukan Perdana Menteri dan Malaysia di persidangan tersebut.

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan beberapa perkara dari artikel The New York Times hari ini:

1) Individu-individu yang disoal siasat ialah anak tiri Najib (anak Rosmah dari perkahwinannya yang terdahulu) Riza Aziz dan juga rakan beliau, Jho Low.

New York Times menyatakan Najib juga disoal siasat kerana kemungkinan Reza mempunyai pertalian darah melalui perkahwinan Rosmah dengan Najib manakala Jho Low merupakan rakan beliau.

Ia amat penting untuk diketahui bahawa Najib tidak disoal siasat secara langsung ke atas dakwaan rasuah kerana beliau tidak mempunyai harta yang diisytiharkan di USA.


Pada ketika ini, adalah penting untuk dimaklumkan bahawa Jho Low telah mempunyai syarikat di Malaysia sejak 2007 dan 2008 - sebelum Najib menjadi Perdana Menteri dan 1MDB masih belum wujud. Beliau sememangnya sudah sedia kaya dan mempunyai hubungan kewangan yang serius  melalui hubungan persahabatan dan kerjasama dengan keluarga-keluarga DiRaja di Asia Tengah.

Selain itu, Riza telah menghasilkan filem sejak tahun 2010. Sebelum menerbit filem, Riza yang merupakan seorang pemegang Sarjana Muda Ekonomi dan Kerajaan serta Sarjana Sains Politik dari London School of Economics, telah mendaftar dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan UK (FSA) dan bekerja sebagai pegawai bank pelaburan di London.

Sebagai seorang penerbit, Riza juga bertindak untuk mencari pelabur untuk projek filem. Ini tidak bermakna beliau membiayai filem terbitan beliau sepenuhnya. Riza menjelaskan bahawa terdapat beberapa pelabur telah membiayi projek filem beliau.

Tetapi, Riza ternyata berjaya dalam menerbitkan The Wolf of Wall Street yang mengaut keuntungan lebih USD 400 juta seluruh dunia berdasarkan jualan tiket dan DVD - tersenarai dalam 200 filem komersial terbaik sepanjang zaman dan menewaskan filem seperti Superman Returns, Ice Age, Mad Max Fury Road, Batman Begin dan lain-lain. Filem terbaru Riza iaitu Dumb and Dumber II turut berjaya dan mengaut kutipan sebanyak USD 170 juta dalam jualan tiket.


Ini memberi bukti jelas bahawa Riza mempunyai kepintaran untuk memperolehi kekayaan dan kita tidak patut berasa cemburu akan kejayaan beliau di Hollywood.

2) Pembelian hartanah yang diperkatakan bertarikh Okt 2012. Namun, The New York Times telah mengaitkan ia dengan USD 681 juta (RM 2.6 billion) yang telah didepositkan oleh penyumbang dari Timur Tengah ke dalam akaun Najib - dimana ianya didepositkan pada Mac 2013, sebelum Pilihan Raya ke-13.

Oleh itu, aneh untuk The New York Times mengaitkan penjualan apartmen yang lama dahulu dengan duit yang di depositkan kemudian dari itu - melainkan pembelian dilakukan secara hutang seperti buku 555.

3) Pembelian hartanah ini telah didedahkan oleh The New York Times pada 8 Februari tahun ini, sekitar masa Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman atas tuduhan sodomi. Menariknya, The New Work Times turut mengambil inisiatif menterjemah artikel mereka ke dalam bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia, seolah-olah ramai rakyat Malaysia di New York.  Ini amat aneh kerana tiada satu pun artikel di New York Times mempunyai versi bahasa Melayu sebelum ini.

4) Penyiasatan di USA telah bermula selepas Sarawak Report membuat aduan di USA pada Mac 2015 dimana Sarawak Report seakan-akan menuduh pihak berkuasa USA tidak mengambil serius perkara tersebut dan membiarkan 'penjenayah' seperti Jho Low dan Najib bebas dan tidak dikenakan tindakan.

Aduan terhadap Najib kepada USA turut dibuat oleh orang kuat Tun Mahathir Khairuddin Abu Hassan dan bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir, Matthias Chang. Matthias berkata mereka berdua telah bercakap dengan Kedutaan USA dan dijadualkan untuk ke New York pada minggu ini untuk bertemu dengan FBI berkenaan 1MDB.  Mereka juga telah pergi ke serata dunia menfailkan kes terhadap Najib dan 1MDB dengan pihak berkuasa Switzerland, Perancis, England, Singapura dan Hong Kong.

Apabila kes difailkan, penyiasatan akan dibuka menurut undang-undang pihak berkuasa.  Ini merupakan kes yang sama apabila Sarawak Report menyiarkan isu Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang telah disiasat oleh ICAC berhubung dengan kes ahli perniagaan, Micheal Chia yang ditangkap pada tahun 2008 kerana membawa wang tunai RM 40 juta ke Hong Kong.

Sarawake Report turut menyertakan segala dokumen dan carta alir dalam 'pendedahan' mereka berkaitan Musa Aman dengan artikel bertajuk ""Hold On Trust For Aman" - More Devastating Evidence From The ICAC Investigation!"

Dengan bukti dan dokumen mereka yang kononnya 'lengkap', sesiapa yang membaca Sarawak Report akan mudah mempercayai kesalahan yang dilakukan Musa Aman dan ICAC sepatutnya menyumbat Musa Aman ke dalam penjara.  Namun, pada Disember 2012, pihak berkuasa ICAC telah menulis kepada Musa Aman dan menyatakan beliau tidak lagi di bawah siasatan berkaitan rasuah sumbangan RM 40 juta kepada pihak UMNO negeri.

ICAC menerangkan kepada Musa Aman bahawa siasatan dilakukan selepas menerima aduan terhadap beliau, menyatakan bahawa ia dikehendaki oleh undang-undang rasuah Hong Kong.

Tetapi menurut agensi berkenaan, berdasarkan siasatan dan laporan penuh ICAC dengan Jawatankuasa Kajian Operasi (ORC), kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan penyiasatan atas sebab "bukti-bukti yang telah diketahui" menunjukkan Musa Aman tidak bersalah.

Surat berkenaan telah ditandatangani oleh ketua penyiasat, Tao Wai-Yan dan dialamatkan kepada Musa di pejabat beliau di Kota Kinabalu.

ICAC mengambil masa 4 tahun untuk membersihkan nama Musa Aman tetapi Sarawak Report dan Pakatan Rakyat masih menggunakan isu rasuah Musa Aman dan sering memetik bahawa beliau sedang dibawah penyiasatan ICAC dan tidak dapat lari berikutan bukti-bukti gang kukuh - bermakna Musa akan dijatuhkan hukuman penjara.

Namun sehingga hari ini, nama Musa Aman telah dibersihkan oleh ICAC dan SPRM serta masih memegang jawatan Ketua Menteri Sabah.

Pro-pembangkang, NGO SUARAM juga telah menfailkan aduan terhadap kes Scorpene kepada mahkamah Perancis pada tahun 2010 yang memaksa pihak berkuasa Perancis memulakan penyiasatan.

Malah, pada Mei 2012, SUARAM dengan bangga mengumumkan mahkamah Perancis akan meminta Najib untuk memberi keterangan dan pihak Perancis akan mengarahkan Interpol Red Notice untuk menahan Najib jika beliau menolak untuk hadir.

Tiga tahun kemudian, 5 tahun selepas laporan pertama dibuat oleh SUARAM, kita masih menanti mahkamah Perancis memanggil Najib untuk memberi keterangan.

Sebaliknya, hasil penyiasatan menunjukkan keputusan yang tidak dijangka oleh Pakatan dan SUARAM apabila mahkamah Perancis membuktikan Najib, Razak Baginda dan Altantuya tidak pernah berada di Perancis pada waktu yang sama dan Altantuya tidak pernah dilantik sebagai penterjemah di mana semua perundingan pembelian Scorpene menggunakan bahasa Inggeris.

Artikel New York Times pada hari ini juga mengakui bahawa penyiasatan Juri Persekutuan terhadap Najib masih di peringkat permulaan dan akan mengambil masa bertahun untuk selesai.

Hal ini menunjukkan, pihak-pihak yang menentang kerajaan menggunakan taktik menfailkan keskepada pihak berkuasa di luar negara, memaksa negara-negara terbabit menerima aduan dan memulakan penyiasatan.  Penyiasatan ini alan mengambil masa yang lama namun sepanjang ia berlangsung, mereka akan terus memainkan isu berkenaan - di dalam atau luar negara.

Ia akan menjadi tajuk berita yang bagus - terutamanya kepada akhbar luar negara - di mana pihak pembangkang akan menggunakan isu ini dan menyatakan ianya memalukan negara di peringkat global dengan bukti-bukti yang kukuh sehingga kerajaan asing perlu campur tangan menyiasat serta pemimpin-pemimpin negara akan ditangkap dan dipenjara jika ke luar negara.

Walaupun tidak mengaku, namun, pihak pembangkanglah yang membuat aduan di luar negara dan menyebabkan proses penyiasatan dimulakan sehingga menyebabkan negara menjadi topik perbualan dunia - semata-mata untuk merosakan imej kredibiliti Malaysia dan pemimpin kita.

Kerajaan asing tidak sewenang-wenang memulakan penyiasatan ke atas kerajaan atau negara lain melainkan aduan rasmi telah difailkan oleh seseorang individu.

Tetapi, individu-individu ini tidak memperdulikan fakta itu. Mereka tidak berminat untuk mencari kebenaran sebaliknya hanya ingin menjatuhkan individu lain. Reputasi dan kredibiliti Malaysia tidak menjadi perhatian mereka.

Tun Mahathir juga bersalah apabila menyatakan Najib takut untuk ke luar negara kerana beliau akan ditangkap. Sebaliknya, Najib kini berada di UK untuk beberapa mesyuarat dan akan menjelajah ke USA untuk sambutan ulang tahun PBB selama beberapa hari.

Tun Mahathir juga mengeluarkan beberapa kata-kata sinis apabila menyatakan beliau lupa akan kelebihan imuniti kepada ketua negara dan fakta yang penyiasatan luar negara akan memakan masa selama bertahun.

Pada ketika ini, Khairuddin Abu Hassan masih direman selama seminggu dan di bawah penyiasatan polis.  Mungkin tidak lama lagi kita akan mengetahui siapa yang mengeluarkan arahan dan membiayai beliau dan Matthias Chang untuk ke seluruh dunia menfailkan laporan terhadap Najib dan mengaitkan beliau dengan akhbar-akhbar asing.

Lapan bulan yang lepas, Khairuddin masih lagi muflis dan kondominiumnya telah dilelong pada January 2015. Anehnya, sebulan selepas itu Khairuddin mula menyerang 1MDB, membayar semua hutang beliau malah keluar negara menfailkan laporan polis ke Switzeland, Perancis, UK, Singapura, Hong Kong serta lawatan ke USA yang telah digagalkan.

Ini menunjukkan bahawa pihak-pihak tersebut tidak mempunyai masalah untuk membiarkan campur tangan negara luar, asalkan objektif politik mereka tercapai.

Ini akan menjadi satu topik menarik - bergantung pada apa atau siapa yang Khairuddinh Abu Hassan akan dedahkan dibawah soal siasat PDRM selama satu minggu ini.

Pada Najib, jika pihak berkuasa dari USA, HK, Switzerland, Singapura, Perancis dan UK membersihkan nama beliau dari tuduhan RM 2.6 billion dan 1MDB, maka tiada sesiapa dapat mengaitkan beliau dengan isu itu lagi.

Tetapi, ia akan hanya berlaku beberapa tahun lagi, sementara itu pihak yang memusuhi Najib akan kembali dengan tuduhan-tuduhan baru dan meneruskan taktik menfailkan laporan di luar negara serta bekerjasama dengan akhbar-akhbar asing untuk memalukan dan memberi tekanan kepada beliau.

Mereka telah melakukannya, mereka masih melakukannya dan mereka akan terus melakukannya lagi di masa hadapan kerana ianya mudah, murah dan memberikan mereka beberapa tahun lagi untuk menyerang musuh mereka secara politik.


Sama ada ianya adil atau tidak, itu suatu hal yang lain. - Lim Sian See 

No comments: