Monday, 18 May 2015

TUN M 'KETEGAQ'.... USAHA PERDAMAIAN DENGAN NAJIB SUKAR...


Kelab Veteran UMNO Malaysia menyimpulkan usaha meleraikan kemelut yang melanda antara dua pemimpin terkenal iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad sebagai sukar.

Ini berikutan sikap Tun M sendiri yang enggan menerima nasihat walaupun pelbagai usaha telah dilakukan ahli UMNO.
mustapha2-M
Datuk Mustapha Yaakub, Setiausaha Agung Kelab Veteran UMNO Malaysia.
Dalam laporan Sinar Harian, Datuk Mustapha Yaakub  yang juga setiausaha agung kelab tersebut berkata, usaha tersebut adalah tindakan sia-sia.
“Dr Mahathir tak nak dengar cakap orang lain. Ini sukar, Ia harus datang dari Dr Mahathir sendiri, kesedaran dan keikhlasan beliau menyuarakan pandangannya.
“Veteran UMNO dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) pernah menyatakan kesudian untuk menjadi orang tengah, tetapi kami bagai melukut di tepi gantang.
“Dr Mahathir tidak akan dengar cakap orang lain,” ujarnya seperti dilaporkan ahbar berkenaan.
Sementara itu, memberi ulasannya terhadap gesaan Tun M agar ahli UMNO menggugurkan Najib daripada jawatan dalam kabinet dan parti, Mustapha berkata, ia tidak mustahil walaupun mengakui kesukaran.
“Ajakan dan desakan Dr Mahathir tidak mustahil berlaku, tetapi sukar. Najib masih mampu mentadbir negara.
“Jika Majlis Tertinggi UMNO mahupun Kabinet bersetuju menjatuhkan Najib, ia tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya memburukkan keadaan.”
Selain itu, Mustapha menolak cadangan undi tidak percaya dilakukan terhadap Najib kerana krisis tersebut patut diselesaikan secara beretika.
“Jika mahu Najib berundur, tunggulah Perhimpunan UMNO akan datang. Ketika itu, cabarlah kerusi Presiden.
“Jika Dr Mahathir masih mampu, beliau juga boleh mencabar jawatan itu.”
– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment