Monday, 18 May 2015

PENCURI KASUT BERKERETA MEWAH, TAUKEH KEDAI KASUT BUNDLE ???

10985357_832516440130907_8430748881319001459_n

Muda.... kacak bergaya... sihat walafiat... berkereta mewah... Mercedes Benz you!!! Tetapi kantoi mencuri kasut para jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, minggu lalu.



Lagi mengejutkan, si pencuri tersebut menggunakan but Mercedes Benz miliknya  untuk dijadikan ‘setor’ menyimpan hasil curiannya itu.
11262406_832516386797579_6197039453444649569_n
Ketika pemeriksaan dibuat di dalam but kereta berkenaan, terdapat beberapa pasang kasut yang telahpun dirembatnya sebelum ini.... 
Ada pihak mengandaikan individu itu merupakan penjual kasut bundle namun ia hanya sekadar telahan.... dan berkemungkinan kasut-kasut yang terdapat di dalam but kereta itu adalah hasil perbuatan kejinya mencuri dari masjid-masjid lain ketika jemaah sedang khusyuk menunaikan solat, sebelum kantoi di masjid WP...
10527445_832516446797573_6513278892998885766_n
Kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..... Walau apapun, kejadian tersebut menjadi bukti bahawa terdapat segelintir manusia yang tegar melakukan perbuatan durjana walaupun di rumah Allah SWT.

Post a Comment