Monday, 18 May 2015

TUN M HASUT AHLI UMNO LAWAN KETUA BAHAGIAN UNTUK JATUHKAN NAJIB !!!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua ahli UMNO menolak pencalonan semua Ketua Bahagian dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya mereka masih bertekad menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Tun Mahathir menyifatkan tindakan tersebut wajar dilakukan oleh semua ahli UMNO untuk memastikan Najib segera meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sekaligus memberi ‘nafas’ baru kepada parti berkenaan dalam menghadapi PRU14 nanti.

Beliau berharap kesemua Ketua Bahagian sedar Najib tidak pernah mempedulikan nasib mereka didalam parti berkenaan setelah berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Perdana Menteri.

“Kita kena beritahu ketua bahagian kalau sokong Najib, kita akan tolak mereka. Mereka tak akan jadi calon untuk pilihan raya.

“Mereka sokong Najib, tapi Najib bukan sokong mereka. Janganlah bising sangat,” katanya dalam satu kenyataan ketika berucap pada Program Bicara Negara di sebuah hotel di sini, semalam.

Sementara itu, beliau percaya tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong kepimpinan Najib adalah satu ‘strategi’ pihak pembangkang dalam memastikan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menumbangkan UMNO pada pilihan raya nanti.

“Kalau Najib terus jadi perdana Menteri, mereka (pembangkang) akan menang. Sebab itulah mereka nak dia (Najib) kekal sebagai Perdana Menteri,” katanya lagi.

Tindakan Tun Mahathir memberi amaran kepada Ketua Bahagian untuk tidak menyokong Najib telah membuktikan beliau amat ‘terdesak’ selepas gagal menerima sokongan daripada rakyat khususnya pemimpin tertinggi UMNO bagi menjatuhkan Perdana Menteri sebagaimana berlaku pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi tahun 2009 lalu.

Namun begitu, gesaan tersebut pastinya dianggap sebagai satu kesilapan yang dilakukan oleh Tun Mahathir kerana ia seolah-olah telah ‘memperbodohkan’ dirinya sendiri sedangkan kepimpinan tertinggi UMNO sudah menyatakan sokong terhadap Najib sebelum ini. –UtaraNews.com

Post a Comment