Monday, 11 May 2015

MAYAT BAYI KEMBAR DIPERCAYAI WARGA ASING DIJUMPAI DALAM ALMARI

alt

PULAU PINANG 11 Mei – Seorang tukang cuci terkejut selepas menemukan dua mayat bayi di dalam sebuah almari terbiar yang ditinggalkan berhampiran lif sebuah pangsapuri di Kompleks Pulau Mutiara, Lebuh Macallum di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, kedua-dua bayi perempuan yang dipercayai kembar berusia antara tujuh hingga lapan bulan itu ditemukan dalam keadaan dibalut dengan tuala.

Menurut sumber polis, bayi yang dipercayai warga asing itu sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.

Post a Comment