Sunday, 10 May 2015

GEMPAR DI MEDIA SOSIAL, PEMBONCENG MOTOSIKAL BAWA WAYAR DI SANGKA 'HOOK' UNTUK KAIT HANDBEG !!!


BEBERAPA hari lalu, tersebar satu gambar diambil seorang pengguna jalan raya yang sangsi dengan seorang pembonceng motosikal kerana dilihat seolah-olah sedang memegang ‘hook’ atau cangkuk besi.

11218564_10152876601402423_5593417572059309071_o (1)
Terpanggil untuk memberi amaran akan kejadian yang tidak diingini, individu tersebut menyebarkan gambar tersebut di media sosial.
Ramai pengguna kemudiannya berkongsi gambar itu sebagai peringatan kepada penunggang motosikal lain supaya lebih berhati-hati dengan tindak-tanduk peragut yang mempunyai pelbagai taktik.
Walau bagaimanapun, hasil siasatan polis terhadap individu terbabit mendapati dia tidak memegang cangkuk seperti didakwa pihak berkenaan.
Rupa-rupanya, si pembonceng tadi hanyalah memegang wayar..
Sumber dari laman Facebook
Melalui gambar yang dikongsi di laman Facebook, sekumpulan anggota polis yang memeriksa penunggang dan pembonceng tersebut mendapati ia hanyalah wayar dan bukanlah cangkuk seperti didakwa.
Syabas buat pihak berkuasa yang mengambil tindakan pantas dengan menyiasat kes berkenaan sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Walaupun kes itu tidak benar, namun para penunggang dan pembonceng harus tetap berwaspada terutamanya yang membawa tas tangan dan beg.
– MYNEWSHUB

Post a Comment