Friday, 15 May 2015

BERAS PALSU DI PASARAN?


Dari geng Applikasi WhatsApp telah menjadi perhatian dan tanda tanya..... Diberitakan bahawa pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek.

Beras ini nampak ori tetapi bila dimasak ia kelihatan kenyal dan keras.

"Makan tiga mangkuk beras palsu ini seperti makan satu beg plastik," kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina. 

Dari aspek kesihatan pula beras ini jika dimakan dalam tempoh tertentu boleh menyebabkan penyakit kanser.

Benarkah... ??? Ada pembaca yang tahu, silakan share untuk pengetahuan kita semua.

Post a Comment