Friday 15 May 2015

FESYEN HIJAB 'TERNAK CENGKERIK' DARI MELLY GOESLOW !!!


Penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw mendapat kecaman dan kritikan dari peminat setelah memuat naik fotonya memakai hijab dengan gaya yang pelik.

Memetik laporan Astro Gempak, foto tersebut yang dimuat naik pada Rabu lalu menerusi akaun Instagramnya itu dilabelkan peminat sebagai fesyen hijab pasu bunga kerana ia seakan-akan menyerupai rupa bentuk pasu bunga.

Sehingga kini foto itu masih lagi menjadi bualan hangat yang dibincangkan oleh peminat Melly menerusi ruangan komen di IGnya.

Malah ada juga yang berdebat dan berfikiran positif dengan mengatakan fesyen itu hanyalah dipakai Melly untuk sesi fotografi sahaja.

Hingga ke hari ini, rata-rata peminatnya masih terkejut dan tidak faham mengapa Melly bertindak untuk memakai hijab dengan fesyen tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Melly masih lagi belum memberikan respon terhadap kritikan yang dilemparkan kepadanya.

No comments: