Wednesday, 27 May 2015

BAPA WARGA BRUNEI CULIK ANAK SENDIRI DARI JAGAAN BEKAS ISTERI


Polis menafikan penyebaran berita kanak-kanak lelaki yang dilaporkan diculik untuk dijadikan tebusan sebaliknya mangsa dilarikan bapanya dalam kejadian di Rhu Rendang, Marang semalam.


Dalam kejadian 7.30 pagi itu, kanak-kanak berusia tiga tahun yang bersama ibunya berusia 35 tahun dilarikan suspek berusia 30-an selepas berlaku perselisihan faham antara pasangan suami isteri berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, rakan suspek menaiki kereta melanggar kereta ibu mangsa sebelum suspek keluar daripada kenderaan lain.

“Rakan suspek berpura-pura memarahi ibu mangsa sebelum suspek bertindak melarikan mangsa.

ACP Wan Abd. Aziz Wan Hamzah ketika di Sidang media di Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuala Terengganu hari ini.
“Siasatan awal mendapati pasangan itu dalam proses penceraian manakala kanak-kanak itu dijaga ibunya yang mendapat hak penjagaan sementara daripada mahkamah.

“Siasatan awal mendapati kes berkenaan lebih berpunca daripada masalah keluarga dan usaha mengesan suspek yang juga rakyat Brunei sedang dijalankan,” katanya.

Post a Comment