Tuesday, 21 April 2015

VITAGEN BUKAN PUNCA KANSER PERUT KANAK-KANAK


KUALA LUMPUR 21 April - Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan bahawa minuman susu kultur, Vitagen boleh menyebabkan kanser perut kepada kanak-kanak.

Timbalan Menteri Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setakat ini tiada bukti yang menyokong dakwaan tersebut.

"Kanser perut selalunya berlaku kepada orang-orang tua. Bagi kanak-kanak, ia tiada kaitan langsung dengan Vitagen.

"Jadi, jangan bimbang, ia selamat diminum," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini, Isnin.

Laman sosial termasuk aplikasi 'WhatsApp' menyebut kebimbangan orang ramai untuk memberi Vitagen kepada anak-anak mereka kerana khuatir ia boleh menyebabkan kanser perut.

Post a Comment