Tuesday 21 April 2015

HIMPUNAN SUARA ANAK PERAK 604 - JOM TURUN !! #DaulatTuanKu604


Pengerusi Himpunan Suara Anak Perak 604,  Datuk Nadzri Ismail (gambar bawah) menyatakan bahawa himpunan itu terdiri daripada 20 badan bukan kerajaan (NGO) bagaimanapun sangat mengalu-alukan semua pihak untuk menyertai mereka kerana tidak mahu tertumpu kepada hanya satu parti sahaja.


PERAK TODAY 2

Himpunan diadakan bagi menentang sekeras-kerasnya segala tindakan biadap daripada mana-mana pihak terhadap institusi Raja di negeri Perak bagi menjunjung kasih serta taat setia kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.


Beliau berkata, tindakan tersebut diambil susulan daripada ketidakpuasan hati rakyat di negeri Perak terhadap perbuatan biadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang tidak menghormati Sultan Perak pada perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak penggal pertama 2015 yang baru lalu.


Selain itu, Perhimpunan 604 juga akan memohon tuntutan supaya menarik darjah kebesaran yang telah diberikan kepada Ahli-ahli Dewan (ADUN) pembangkang berikutan kebiadapan yg dilakukan terhadap Sultan Perak.
Malah, menggesa pihak pembangkang Perak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak istana terutamanya Sultan Perak dan ianya wajar agar tidak menular ke negeri-negeri yang lain. 


Satu memorindum akan diserahkan kepada Sultan Perak pada tarikh yang akan ditetapkan nanti yang dijangka akan diadakan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

No comments: