Tuesday, 21 April 2015

#PRKPERMATANGPAUH : PAS WARNING PKR !!! SEBANTAL PUN GADUH-GADUH !!!

GEORGE TOWN : PAS Bahagian Permatang Pauh kekal dengan pendiriannya untuk tidak akan menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil (PRK) akan datang sekiranya pemimpin parti sekutunya tidak memohon maaf kepada PAS sehingga hari penamaan calon pada 25 April ini.

Perkara itu dibuat walaupun selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengisytiharkan gerakan itu sebagai terbatal dan tidak sah.
Terdahulu, beliau berkata, Jawatankuasa PAS Pusat akan memberikan sokongan tanpa syarat kepada calon Pakatan Rakyat.
Ketua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, langkah itu dibuat selepas mendapatkan undian kira-kira 400 ahli daripada 30 cawangan semasa mesyuarat agung tahunan ke-38 pada Ahad lalu.
“Kita masih dengan pendirian kita. Kita akan tunggu dan lihat jika mereka akan minta maaf,” kata Omar pada Isnin.
Keputusan itu menyaksikan PAS Permatang Pauh memberi tempoh kepada PKR sehingga hari penamaan calon pada 25 April dan mendesak PKR memohon maaf secara terbuka, atau parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan PKR.
PKR sebelum ini mengisytiharkan tidak akan menyokong langkah kerajaan Kelantan mengenai rang undang-undang hudud yang dibentangkan di Parlimen pada 7 Mei lalu.
Dr Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menggesa supaya ahli parti mematuhi keputusan yang dibuat jawatankuasa itu.
“Saya gesa ahli PAS supaya mematuhi keputusan yang dibuat jawatankuasa pusat, bukan bahagian,” katanya yang terkejut dengan pendirian Omar yang sebelum ini menyokong keputusan jawatankuasa pusat dalam mesyuarat baru-baru ini.
-mstar

Post a Comment