Wednesday, 8 April 2015

PIAH MERAYU DAN MOHON JASA BAIK TUN M UNTUK SELAMATKAN SIRUL DARI TALI GANTUNG


KUALA LUMPUR: Ibu bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar, Piah Samad mengakui anaknya menjadi mangsa keadaan serta bakal dikambing hitamkan dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu

Menurut sumber, pertemuan tertutup Piah dan bapa saudara Sirul dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu merupakan sesi mendedahkan luahan hati seorang ibu yang mahukan anaknya dilepaskan dari hukuman gantung sampai mati.

"Pertemuan itu disertai Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar.

"Banyak rahsia sebenar diceritakan sendiri Piah dan bapa saudara Sirul kepada Dr Mahathir.

"Piah merayu dan memohon jasa baik Dr Mahathir untuk menyelamatkan anaknya dari hukuman gantung. Piah mempertahankan anaknya dan menyifatkan Sirul menjadi mangsa keadaan serta dikambing hitamkan," kata sumber itu kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Post a Comment