Wednesday, 8 April 2015

SAMM BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS TUN M ???


PETALING JAYA 8 April - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa tindakan diambil terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan di blog miliknya yang didakwa menghasut rakyat untuk membenci perdana menteri.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu membuat laporan polis di Kuantan dan Kuala Kubu Baru serta memberikan polis masa selama 10 hari untuk mengambil tindakan terhadap Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri diatas kenyataan berbaur hasutan.

"Kenyataan Dr Mahathir adalah satu usaha untuk menghasut orang ramai membenci Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata penyelaras SAMM Pahang, Amirul Syazwan.

Dia turut mempertikaikan mengapa Dr Mahathir tidak dipanggil polis apabila kebanyakan pemimpin pembangkang disiasat, ditahan dan didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Dr Mahathir menerusi laman blognya chedet.cc mempersoalkan mengenai 1Malaysia Development Bhd dan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kenyataan Dr Mahathir tidak dianggap sebagai menghasut.

Di Kuala Kubu Baru, penyelaras SAMM Hulu Selangor, Megat Khairul Anau berkata Dr Mahathir seharusnya dipanggil untuk memberi keterangan.

"Jika tidak, perbuatan menyemai kebencian terhadap Perdana Menteri akan 'dihalalkan' dan mereka yang mencetak poster, risalah dan sepanduk serta mereka yang membangkitkan isu sama seperti Dr Mahathir sepatutnya dipanggil polis," katanya.

Post a Comment