Thursday, 9 April 2015

SUAMI ISTERI GADUH, LIBAS PARANG TERKENA ANAK.... BUKAN BERLAKU DI SUNGAI PETANI


Sungai Petani -Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalil Arifin menafikan kejadian seorang budak yang didakwa terkena parang berlaku di Sungai Petani.

Khalil ketika dihubungi SuaraTV berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis yang dibuat berhubung kejadian tersebut.





“Pihak kami ada menerima makluman mengenai penyebaran gambar tersebut, namun sehingga kini tiada sebarang laporan yang dibuat.

“Kami juga percaya kejadian tersebut bukan berlaku di Sungai Petani” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Khalil lagi pihaknya juga sedang menyiasat penyebaran gambar tersebut yang telah menimbulkan kekeliruan masyarakat.

Pengguna media sosial sebelum ini gempar berhubung penyebaran dua keping gambar budak perempuan yang di katakan terkena libasan parang ekoran pergaduhan yang berlaku antara suami isteri.

“Mak dan ayah gaduh pakai parang (tapi) terkena anak. Lokasi kat Sungai Petani” memetik kenyataan gambar tersebut yang disebarkan melalui aplikasi Whatrsapp petang tadi.

Suara.tv

Post a Comment