Wednesday 8 April 2015

PENDEK AKAL PUNYA AHLI PARLIMEN... GST SEBABKAN PASANGAN CINA ENGGAN BERANAK !!!


Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Ning Ching hari ini menyatakan pasangan muda termasuk dirinya terpaksa menghentikan hasrat untuk berzuriat selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan awal bulan ini.

Teo berkata, pasangan muda hari ini terpaksa menangguhkan hasrat untuk berzuriat bagi mengukuhkan kewangan terlebih dahulu kerana perbelanjaan anak lebih membebankan selepas pelaksanaan cukai dikuatkuasakan.

"Pasangan muda memilih untuk tidak memiliki anak kerana mahu tumpukan kepada perkara lain seperti memberli rumah, kereta dan bergleut dengan kos hidup sehari-hari," kata Teo di lobi Parlimen hari ini.

Teo yang ditemui di Parlimen memberi contoh susu formula yang dikatakan membebankan pasangan muda berkata, sepatutnya barangan ini berkadar sifar GST tetapi semua pasar raya mengambil kesempatan menaikkan harga tersebut.

"Walaupun susu formula sepatutnya berkadar sifar GST tetapi harga di pelbagai pasar raya naik," kata Teo merupakan seorang ibu kepada dua anaknya.

Pada pandangan penulis, jika ada pasangan yang berhasrat untuk berzuriat. penulis menggalakkan pasangan tersebut meneruskan hasrat itu kerana zuriat itu merupakan rezeki Allah dan jangan menjadikan alasan GST sebagai anda untuk tidak berzuriat.

Pasangan perlu percaya dengan rezeki yang dikurniakan selepas berzuriat.  -  Utaranews.com


Kepalahotak dia tu.... tang nak beranak... tang susu anak ... berkira sgt2.. tp boleh pulak berkereta mewah.. melancong luar negara... mkn kat hotel berbintang2....

No comments: