Saturday 4 April 2015

(FOTO) TERKINI NAHAS HELIKOPTER DI SEMENYIH : 3 MAYAT DITEMUI 3 MASIH HILANG, TAN SRI DR. JAMALUDIN JARJIS ANTARA YANG MAUT ???


KUALA LUMPUR 4 April -Sebuah helikopter terhempas manakala, dua penumpang dipercayai rentung dalam kejadian  di Kampung Pasir Baru Semenyih kira-kira 4.55 petang tadi.


Menurut jurucakap bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan pada jam, 4.57 petang.


Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, Bangi dan Kajang diarahkan ke lokasi kejadian.

“Laporan awal mendapati helikopter terhempas dan terbakar. Terdapat enam mangsa dalam pesawat berkenaan.



Maklumat awal, bangkai helikopter ditemui kira-kira jam 6. 10 petang.

“Tiga mangsa termasuk dua rentung berjaya ditemui, manakala, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan ke atas tiga lagi mangsa,"katanya


Mayat ketiga dijumpai di lokasi nahas helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih, petang tadi.


Penemuan mayat  ketiga itu disahkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).



Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, helikopter yang terbabit dalam nahas itu adalah milik swasta jenis AS365N2 Dauphin.



Katanya, helikopter itu dikendalikan syarikat pengendali, Solitaire Services.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang dilaporkan berada dalam helikopter terbabit dipercayai rentung.



Dipercayai, selain juruterbang helikopter berkenaan yang bernama Chris, turut berada di dalam helikopter adalah :

(1) Ediana - pembantu juruterbang
(2) Jamaluddin Jarjis - Ahli Parlimen Rompin
(3) Datuk Seri Azlin - Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri
(4) Datuk Tan - dari Kedah
(5) Razlan - polis pengiring Jamaluddin Jarjis.

Bagaimanapun, Ketiga-tiga mayat yang ditemui masih lagi dalam proses pengecaman.



No comments: