Saturday 4 April 2015

ALFATIHAH : SAHIH TAN SRI DR. JAMALUDIN JARJIS ANTARA 6 MANGSA MAUT HELIKOPTER TERHEMPAS DI SEMENYIH




SEMENYIH 4 April -  Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis merupakan antara mangsa nahas helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih petang tadi.


Perkara itu disahkan sendiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berkata, bekas Menteri Kabinet itu antara yang berada dalam helikopter berkenaan.


Pilot dan co-Pilot helikopter yang terhempas. 


Setakat ini, difahamkan keenam-enam mayat mangsa nahas helikopter malang itu telah ditemui.




Selain bekas Menteri Kabinet itu, antara mangsa lain yang dikenalpasti termasuk juruterbang Kapten Cliff Fournier, pembantu juruterbang dikenali sebagai Eidiana dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Dato’ Sri Azlin Alias.




Kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang.




Orang ramai di tempat kejadian.... 

No comments: