Saturday, 4 April 2015

AWAS !!! PENCULIK KANAK-KANAK MERATA-RATA... !!!


Kadang-kadang ada kebaikkan jugak noh kedekut anak ni, kedekut anak macam mana?? Jangan bagi orang lain dukung anak kecil kita.



Benda ni memang selalu jugak lah jadi, tambah-tambah bila baby kita tu comel gila. Memang berduyun-duyun lah orang mintak dukung.

Kadang-kadang tu sampai ada yang nak bergambar sekali dengan baby kita. Banyak perempuan la kerap perangai macam ni. Perempuan kan tak boleh tengok baby comel-comel. Mesti dorang nak dukung punya, betul tak?

Kisah ni dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial. Katanya dengan secara tiba-tiba dua orang mamat ni dok puji anak dia comel. Lepas tu sorang mamat ni mintak nak dukung anaknya sebab geram tengok budak-budak comel.

Nasib baik la naluri ibu budak ni taknak bagi mamat tu dukung. Bila dah tak bagi dukung mamat ni nak marah-marah pulak. Nampak sangat yang bukan nak dukung saja. Silap-silap nak bawak lari pa. nasib baik tak bagi kalau tidak ntah la apa yang jadi.

Yang mamat sorang lagi tu dah siap tunggu dalam keta dah, siap hidupkan enjin kereta lagi. Bahaya betul.. Mungkin ni cara baru kot noh dorang nak culik budak-budak.

Be aware uolss.. Sekarang ni banyak jugak yang jenis bagi je kalau orang nak dukung, senang sikit nak tengok barang, betul tak?-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment