Wednesday, 25 February 2015

PAS SEMAKIN TEMPANG TANPA ALLAHYARHAM NIK AZIZ ???


Pada malam jumaat yang penuh berkat, Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah dijemput untuk menemui PenciptaNya. Berita yang mengejutkan seluruh ahli PAS dan PASMA. Sebelum Subuh lagi, perkarangan rumah beliau dipenuhi ribuan ahli PAS. Ketika Solat Subuh, suasana tak ubah seperti ketika Solat Raya, orang solat melimpah hingga ke luar masjid. Ketika jam 10 pagi, pengunjung yang hadir dijangka cecah belasan ribu orang. Semua yang hadir semata-mata kerana ingin memberi penghormatan terakhir kepada seorang Tok Guru dan Mursyidul Am PAS.


Allahyarham Nik Aziz ketika hayatnya memang terkenal sebagai seorang yang tegas dan berjiwa PAS. Apa sahaja yang keluar dari mulutnya walaupun sekadar pendapat peribadi, tetapi telah dianggap sebagai pendirian rasmi PAS. Beliau seperti Sir Alex Ferguson bagi Pasukan Manchester United, apabila Alex Ferguson tinggalkan kepimpinan Manchester United, terpaksalah pasukan bola sepak terbaik dunia itu bermula semula dari peringkat bawah. Inilah yang dirisaukan oleh sebilangan ahli PAS, adakah setelah pemergian Nik Aziz, PAS akan kacau bilau dan terpaksa bermula dari bawah semula.

Jadi tak hairanlah apabila ada yang mengatakan bahawa Nik Aziz itu PAS, dan PAS itu adalah Nik Aziz.

Masih terngiang-ngiang lagi antara kalimah paling berbisa yang keluar dari mulut Nik Aziz yang menjadi zikir terapi bagi ahli PAS yang benci UMNO ialah, beliau akan ludah muka orang yang berani sebut bahawa PAS akan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kerana itu, janganlah terkejut apabila selepas ketiadaan Nik Aziz, akan wujud semula isu kerajaan perpaduan ini dari mulut kepimpinan PAS.

Ketika Perdana Menteri umumkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) beberapa tahun lepas, Nik Aziz telah samakan BR1M ini seperti dedak ayam. Jadi, pada tahun itu, ketika BR1M masih menggunakan sistem Baucar, maka ahli-ahli PAS yang menerima BR1M terpaksa tebalkan muka kerana diperli sebegitu dahsyat oleh Mursyidul Am sendiri. Tapi apakan daya, jika tak ambil BR1M iaitu duit ihsan Kerajaan Barisan Nasional, nanti tak berasaplah dapur kat rumah, tak berbayar pula bil air dan elektrik. Jadi, dedak ayam pun dedak ayamlah, yang penting perut kenyang.

Nik Aziz ketika hayatnya kerap berulang kali menyebut ingin melihat undang-undang hudud dilaksanakan dan wujudnya Kerajaan Islam di Malaysia. Walaupun Kerajaan Persekutuan memberi kebenaran kepada Kerajaan PAS Kelantan laksanakan hudud, tetapi ada sahaja polemik-polemik dan drama yang dicipta supaya kegagalan hudud Kelantan dijadikan sebagai kegagalan Kerajaan Persekutuan. Maka ahli PAS pun dengan penuh kejumudan menyalahkan Kerajaan Persekutuan sebagai punca Hudud tak boleh dilaksanakan di Malaysia. Hebat betul Nik Aziz.

Janganlah kita menutup realiti bahawa jika wujud 10 orang pejuang politik dalam PAS seperti Nik Aziz, nescaya PAS akan jauh lebih maju dan jauh lebih berani dalam menghadapi arus politik. PAS tak perlukan pemimpin talam dua muka seperti Mohd Sabu dan Mahfuz Omar. PAS juga tak perlukan pemimpin muda yang tiada arah tujuan seperti Suhaizan Kaiat mahupun pemimpin lanjut usia yang rosak akhlak seperti Mustafa Ali. Apa yang PAS perlukan ialah lebih ramai pemimpin penuh karisma dan berprofil tinggi seperti Tuan Guru Nik Aziz.

Al – Fatihah buat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Semoga Allah merahmati rohnya dan tempatkan beliau disamping insan-insan yang soleh.   -  mykmu

Post a Comment