Wednesday, 25 February 2015

BRAHIM'S BATAL AMBIL ALIH BURGER KING


KUALA LUMPUR 25 Feb - Brahim's Holdings Bhd membatalkan rancangan untuk mengambil alih francais Burger King di Malaysia dan Singapura kerana lebih 90 peratus pemegang saham menentang rancangan itu.


Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi, berkata antara alasan penolakan, rangkaian restoran hidangan cepat itu adalah entiti yang tidak untung.

Syarikat penyedia hidangan dalam penerbangan itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) hari ini untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi membeli 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Rancak Selera Sdn Bhd, sebuah anak syarikat EKUINAS pada pertimbangan RM95 juta.

Rancak Selera juga adalah syarikat pegangan Cosmo Restaurants Sdn Bhd dan Burger King Singapore Pte Ltd.

Pengambilalihan itu akan membolehkan Brahim's kawalan terhadap premis Burger King dan peluang untuk menggabungkannya dalam portfolio sedia ada.

Walaupun mendapat tentangan pemegang saham, Ibrahim berkata syarikat akan terus meneroka peluang pengambilalihan baharu, tetapi tetap dalam industri makanan dan minuman.

Post a Comment