Thursday, 26 February 2015

GAGAL PEROLEHI BIASISWA, ANAK LELAKI BECKHAM TERKELUAR DARI AKADEMI ARSENAL


BROOKLYN Beckham dilaporkan tidak akan kekal bersama Akademi Arsenal musim depan.

Biarpun terpilih untuk menyertai pasukan Bawah 18 Tahun musim depan, Brooklyn gagal dalam percubaan mendapatkan biasiswa akademi itu.

Pemain berusia 15 tahun itu yang menjalani latihan di Akademi Hale End berharap akan mendapat biasiswa penuh selama dua tahun sekiranya mahu kekal bersama The Gunners.

Bagaimana pun difahamkan remaja ini gagal mengekalkan posisinya musim depan sekaligus kontraknya bersama Arsenal akan tamat.

Pun begitu, Brooklyn menjadi salah seorang pemain  B16 dan B17 yang masih beraksi untuk akademi ini ketika aksi perlawanan di Qatar.

Malah ramai yang mengakui dia tidak layak ditawarkan ke pasukan B18 jika berdasarkan merit. 

Dengan kegagalan untuk terus berada di akdemi ini, masih belum pasti sama ada Brooklyn akan mencari kelab baharu atau tidak.

Semenjak berada di akademi ini, Brooklyn sentiasa menjadi tumpuan walaupun keputusan tidak berpihak untuk mengekalkannya.

Manakala jurulatih berpuas hati dengan prestasi Brooklyn tetapi mereka merasakan ada pemain lain yang lebih layak untuk berada di posisinya itu.

Mereka juga menganggap Brooklyn boleh membuat penampilan profesional di kelab lain.

Selain itu, adik-adiknya, Romeo dan Cruz masih kekal di Hale End.

Post a Comment