Saturday 1 November 2014

PUTING-BELIUNG MELANDA KEDAH LAGI....


TELAH dikhabarkan bahawa kejadian bencana alam puting beliung melanda lagi di Kedah. Jika sebelum ini puting-beliung telah berlaku di Pendang ( lihat di sini ) Kali ini  berhampiran Gunung Keriang dan Sungai Baru serta di Mergong berdekatan Alor Setar pula.




Sekurang-kurangnya 35 buah rumah di sekitar daerah Kota Setar, dekat sini rosak teruk selepas dilanda puting beliung kecil dikenali sebagai belalai air.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, antara rumah yang rosak dilanda belalai air berkenaan termasuklah di Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa 1, Kampung Sungai Baru dan Taman Inang.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5 petang oleh orang ramai bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.




Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati sebahagian rumah yang dilanda belalai air itu rosak teruk akibat dinding kediaman mereka diterbangkan angin dan ditimpa pokok tumbang.



No comments: