Saturday 11 October 2014

KISAH KURT COBAIN MATI BUNUH DIRI TIDAK TAHAN JADI PERHATIAN


Nama penuhnya adalah Kurt Donald Cobain lahir pada 20 Februari 1967 di rumah sakit umum Grays Harbor-Aberdeen Washington Amerika Syarikat dan di kota inilah Kurt menghabiskan masa kecilnya.Kurt merupakan anak lelaki kepada pasangan Donald Cobain seorang warga Amerika dan Wendy O’Connor seorang wanita keturunan Irlandia.

Walaupun sudah menunjukkan bakat seni sejak kecil tetapi menjadi artis top bukanlah cita-citanya ketika ia menubuhkan Nirvana. Kurt Cobain hanya ingin bermain muzik untuk menyalurkan rasa marah, kesepian, kemurungan dan jenis kebetean lain akibat dari pelbagai kejadian trauma seperti perceraian orang tuanya sehingga sering dipukul di sekolah kerana dianggap pelik.
Ketegangan dan perselisihan orang tua Kurt yang kemudian berakhir dengan perceraian pada tahun 1976 ketika Kurt masih berusia sembilan tahun telah menjadikan Kurt anak yang pendiam dan lebih suka menyendiri. 
Tanpa menduga pada tahun 1991 ...! Album Nevermind dari kumpulan Nirvana itu meletup. Mereka menjadi icon generasi baru di seluruh dunia dan menjadi salah satu band paling berpengaruh sepanjang masa.  Kisah perceraian ibubapanya kemudian telah dimuatkan di dalam album Nirvana - In Utero dengan lagu berjudul Serve The Servants pada tahun 1993.
Tanta-tanda kegilaannya mulai mucul dalam diri, beliau. Membuat lirik lagu yang sukar difahami, menghancurkan peralatan muzik, mengenakan gaun baby doll di punggung, mencabar Axl Rose berkelahi, berkahwin dengan Courtney Love, mengambil heroin bersama Courtney yang tengah hamil, dan membuat lagu I Hate My Self and I Want To Die yang juga dicadangkan sebagai tajuk album ketiga Nirvana (ditolak mentah-mentah dan diganti menjadi In Utero).
Kurt dan Courtney telah berkahwin pada 24 Februari 1992 di Pantai Waikiki Hawaii dan ketika itu Courtney sudahpun hamil.  Sementara itu pada April 1992 Nirvana untuk pertama kalinya tampil di cover majalah Rolling Stones. Akhirnya pada 18 Ogos 1992 pukul 7 pagi, Frances Bean Cobain - satu-satunya anak perempuan Kurt Cobain telah selamat dilahirkan di Hospital Cedars Sinai Los Angeles.  Kelahiran yang ironis kerana waktu yang sama Kurt sedang menjalani rawatan akibat ketagihan parah terhadap heroin.

TRAGIS: 
Kurt Cobain sudah berulang kali mengatakan tentang bunuh diri. Pada tarikh 4 Mac 1994, usaha itu direalisasikannya dengan menelan kira-kira 50 butir pil painkiller dengan champagne. Kombinasi yang membawa maut, namun gagal. Cobain yang telah koma dikejarkan ke hospital dan selamat.


Beberapa minggu kemudian, ia menjalani program detox di LA, tetapi belum selesai, ia melarikan diri dan menghilang. Ibunya melaporkan kes ini ke pihak polis, tetapi tarikh 7 April, vokalis berambut panjang itu ditemui dengan kepala berlubang di pondok kecil di laman rumahnya di Seattle, bersama dengan shotgun yang masih melekat di dagunya dan nota bunuh diri yang ditujukan kepada boddah (sahabat khayalannya) , Courtney dan Frances Bean, anak perempuannya. Dalam suratnya antara lain ia mengatakan sudah tidak tahan menjadi pusat perhatian. Tindakan itu kemudian ditiru oleh beberapa fans-nya yang juga gila di Amerika dan negara-negara lain.