AMSTERDAM 7 Ogos - Kerajaan Belanda menggantung misi mencari mayat 
mangsa dan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ekoran 
pertempuran antara tentera Ukraine dan kumpulan pemberontak pro-Rusia 
yang semakin membimbangkan di timur negara itu.
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata, risiko yang perlu 
ditanggung oleh pasukan pakar dari Australia, Belanda dan Malaysia 
sangat tinggi untuk meneruskan tugas di kawasan nahas.
"Situasi di timur Ukraine dan lokasi pesawat MH17 terhempas semakin 
buruk, sekali gus menyukarkan pasukan pakar melaksanakan tugas 
mereka,"katanya.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila tugas pencarian dan siasatan akan disambung semula. - REUTERS
 
 
 
No comments:
Post a Comment