Friday 8 August 2014

LELAKI SEBAR FITNAH 'INDIA POTONG 6 ORANG TABLIGH' DITAHAN POLIS



Klang : Gara-gara memuat memuat naik artikel di laman Facebook (FB) mengenai kononnya berlaku kejadian pelajar tahfiz diserang sekumpulan lelaki di Klang, seorang penganggur ditahan polis awal pagi semalam.


Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sebuah rumah di Kampung Pandan, Ampang, jam 1 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki terbabit ditahan selepas pihaknya menerima laporan mengenai artikel berbunyi, ‘Mlm tadi India Potong 6 Org Melayu (Tabligh) kat Pandamaran Klang balik dari Tahfiz Umur Mangsa 5 tahun sehingga belasan tahun’.

Beliau berkata, susulan laporan diterima mengenai penyebaran artikel berkenaan, polis menubuhkan satu pasukan siasatan untuk mengesan individu terbabit.

“Suspek ditahan kerana kenyataan dimuat naik di FB yang ternyata tidak benar serta dapat menimbulkan suasana tegang antara kaum di daerah ini.

“Dalam serbuan itu juga, polis merampas telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan berkenaan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

-Metro

No comments: