Saturday 21 June 2014

ANWAR IBRAHIM DEMAM BIASA PUN MASUK IJN .... KALAU DAH KAKI KELENTONG...!!!



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenar pulang selepas dua hari mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Terdahulu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika dihubungi Sinar Harian Online mengesahkan Anwar dimasukkan ke IJN namun tidak menjalani rawatan yang serius.
"Dia hanya demam biasa.. Dah boleh keluar hari ini," ujarnya.

IRONINYA......

KALAU ikut mulut Anwar Ibrahim, tidak ada apa satu yang baik pasal mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.  Semua pasal orang tua itu jahat, satu pun tak ada yang baik.  22 tahun jadi Perdana Menteri, tidak ada satu kebaikan pun yang Mahathir bawa – kata Anwar kepada pengikutnya.

Jadi apa saja yang pernah Mahathir ilhamkan, Anwar akan arahkan pengikutnya supaya boikot dan kondem bila ada kesempatan terhidang.

Semua orang tahu itu, menafikan nampak sangat menipu.

Demi nak tunjuk cakap serupa bikin, Anwar tidak pernah tayang depan khalayak ramai apa-apa yang ada kaitan Mahathir dengan dia.  Contohnya, tak pernah kita lihat Anwar naik kereta Proton walaupun mungkin dia ada sebiji dua kereta jenis itu.  Kereta Anwar yang orang  biasa nampak, semua jenis mewah dan jenama import.

Tapi khabarnya sekarang Anwar sedang menerima rawatan sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) – institusi yang ditubuhkan pada tahun 1992 hasil pengalaman Mahathir mengalami serangan jantung dulu, lebih kurang pada tahun 1989 (atau 1988).

Isunya sekarang bukan kira Anwar ni layak tak layak terima rawatan di IJN, semua rakyat Malaysia layak dapat rawatan di IJN – Anwar pun tak terkecuali.  Isunya sekarang ialah cakap tak serupa bikin.

Depan pengikutnya Anwar kempen semua pasal Mahathir jahat, tapi dalam diam-diam, dia pergi ke institusi yang Mahathir tubuhkan juga untuk dapatkan rawatan jantung, mungkin sebab dia tahu tidak ada tempat paling baik di Malaysia ini untuk dapatkan rawatan sakit itu melainkan di IJN.

Kita tahu, duit bukan masalah pada Anwar, dulu dia sakit belakang sikit pun, ke Munich dia pergi dapatkan rawatan.  Ini sakit jantung, apa komannya dapat rawatan di IJN?  Nak-nak bila insitutsi itu begitu rapat dengan Mahathir yang juga musuh nombor satu Anwar.

Jangan harap Anwar nak bercakap tentang itu atau mengaku apa yang kita tulis dalam ini betul, yang penting sekarang, dengan mendapatkan rawatan di IJN secara tidak langsung Anwar sudah telan ludahnya sendiri dan mengakui Mahathir memang banyak jasa kepada rakyat Malaysia ini amnya, dan pesakit jantung khasnya – macam dia.  - MyKMU

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.