Monday 7 April 2014

( VIDEO ) : ADUN LEMBAH JAYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI, 3 CAWANGAN DHPP AMPANG DIBUBARKAN !!!


AMPANG 6 April - Seramai 217 ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) merangkumi 3 cawangan daripada 5 cawangan daripada kawasan Ampang yang telah ditubuhkan dibubarkan pada hari ini selepas kesemua ahli tidak berpuas hati dengan sikap ADUN Lembah Jaya, Kasim Abdul Aziz yang menggunakan DHPP hanya untuk meraih sokongan.

Ketua DHPP Ampang, J. Kalaimani berkata pembubaran 3 cawangan daripada Tasik Permai, Taman Kosas dan Ampang Campuran tersebut telah mendapat persetujan daripada setiap ahli DHPP cawangan.



"Akhirnya, saya ketua DHPP kawasan Ampang, J. Kalaimani bersama saya Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan 7 orang AJK meletakkan jawatan serta merta dan keluar dari DHPP bersama dengan Ahli-ahli seramai 217 orang dan ketiga-tiga cawangan tersebut dibubarkan oleh ketua cawangan masing-masing atas persetujuan dengan ahli-ahli cawangan masing-masing.

"Dengan ini kami (DHPP) kawasan Ampang hilang kepercayaan terhadap ADUN Lembah Jaya atas sebab tidak menunaikan janji selepas PRU13 dan selama ini DHPP kawasan dipergunakan untuk sokongan sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas mengadakan sesi taklimat bersama ahli yang keluar daripada DHPP dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang turut bersama di majlis tersebut di Dewan Muhibbah di sini, hari ini.

Menurut Kalai, DHPP kawasan Ampang mengambil keputusan untuk menyerahkan memorandum yang mengandungi masalah penduduk tempatan kepada Kasim pada 3 Mac sebelum ini.

Jelasnya, DHPP telah memberikan masa selama 14 hari untuk Kasim menyelesaikan masalah tersebut.

Namun, ADUN Lembah Jaya tersebut sehingga kini lansung tidak mempedulikan dan menumpukan perhatian terhadapa memorandum yang diserahkan itu.

"ADUN Lembah Jaya menjanjikan untuk menyelesaikan masalah tersebut selepas mengambil sumpah (sebagai ADUN) namun sehingga kini tiada apa-apa respon daripada ADUN tersebut," katanya.

Kesal dengan tindakan ADUN Lembah Jaya tersebut, DHPP telah meletakkan jawatan serta merta selepas ia seolah-olah menunjukkan Kasim telah menggunakan DHPP untuk meraih sokongan.

"Dengan ini kami (DHPP) kawasan Ampang hilang kepercayaan terhadap ADUN Lembah Jaya atas sebab tidak menunaikan janji selepas PRU13 dan selama ini DHPP kawasan dipergunakan untuk sokongan sahaja.

"Ianya bukan badan yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan tetap di bawah bidang kuasa PAS," katanya.

DHPP kawasan Ampang telah menubuhkan 4 cawangan DHPP selepas PRU12 iaitu cawangan Tasik Permai, Tasik Campuran, Tasik Sri Watan dan Taman Kosas.

Manakala pada 2010, 1 cawangan bagi untuk kaum cina iaitu cawangan Taman Sri Ampang.

Jumlahnya kini sudah mempunyai 5 cawangan yang mempunyai 573 orang ahli.

DHPP adalah salah satu sayap bagi Pas Kawasan Ampang dan menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti melalui Pejabat ADUN, JKP dan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) dalam masa 6 tahun ini.

No comments: