Monday 7 April 2014

APA KAITAN 'WEAPON OF MASS DESTRUCTION (WMD)' NWO DENGAN MALAYSIA DAN #MH370 ???


Setelah beberapa post mengenai MH370 saya keluarkan dan saya berkongsi maklumat dengan rakan rakan blogger yang lain, saya membaca beberapa plan strategik New Word Order yang mana banyak melibatkan kes-kes yang berkaitan konspirasi terancang.


Pada kebiasaannya konspirasi ini mempunyai hubung kait dengan  proksi yang berada di dalam negara tersebut. Ini memudahkan  penyampaian dan memanipulasikan isu yang terjadi. Sebagaimana MH370 kita dapat melihat bagaimana  proksi-proksi yang berada di Malaysia memainkan peranan mereka memanipulasikan  isu yang sebenar sehingga memberikan impak  segala usaha SAR yang dijalankan.

Didalam hal ini terdapat agenda yang tersembunyi di dalam nya, Sejak dulu lagi agenda News World Order adalah satu perancangan terancang yang diorganisasikan oleh Foundation For Future untuk memastikan  kekuatan USA yang didalangi Yahudi laknatullah akan sentiasa  menguasai dunia ini.

Di dalam hal MH370, banyak keganjilan yang berlaku, keganjilan yang menyerupai apa yang telah berlaku di dalam kejadian 9/11, terdapat beberapa persamaan yang mana menjadikan pengganas Islam sebagai punca kejadian. Ini persamaaan. Kehilangan dari radar adalah sesuatu perkara yang tidak logik  berlaku di alaf ini. sebagaimana kita tahu, jika radar tiada berfungsi sekali pun, bagai mana pula dengan satelite?

Kekuatan teknologi ini telah membuat seluruh dunia berada di dalam gengaman puak puak dajal ini. Mereka melakukan demi sesuatu yang mereka agendakan melalui proksi-proksi yang sedia ada di dalam negara tersebut. Mari kita bincangkan mengapa kah ini boleh berlaku. 

Di antara teknologi yang dimiliki oleh mereka ialah WMD atau Weapon of Mass Destruction yang mana mampu melakukan apa sahaja kepada sasaran.

High Freaquency Active Aurora Reseacrh Program (HAARP) ,atau Weapon of Mass Destruction (WMD) adalah satu teknologi yang dipunyai oleh USA sendiri.

Apa itu HAARP? High Freaquency Active Aurora Reseacrh Program.. Apa itu ”Blue Beam Project”? Ia adalahlah sebuah program angkasa yang dikategorikan sebagai ‘Above Top Secret’ oleh pihak NASA. Program tersebut dirangka dalam empat (4) fasa strategi untuk mewujudkan sebuah ‘agama masa depan’ dengan Anti-Christ (atau disebut & dikenali selepas ini oleh kita sebagai Muslim: “Dajjal al-Masih”) sebagai mastermind. Di sebalik formulasi ini tersembunyi rancangan saintifik yang akan mengimplimentasi teknologi masa depan termaju, dimana ianya dibangunkan bagi tujuan gelap di dalam kerahsiaan yang amat ketat.
Kononnya HAARP adalah untuk mengkaji bencana alam dan bagaimana mengurangkan kesan terhadap peristiwa itu.

HAARP ini sudah dipatenkan dengan nombor 4,686,605 atas nama Bernard J. Eastlund,. Teknologi HAARP ini diasaskan dari idea dan ciptaan Nikola Tesla (seorang genius yang telah mencipta teknologi wireless pada tahun 1891 dan juga penghantaran tenaga elektrik melalui wireless).

Weapon of Mass Destruction (WMD) yang sebenar ialah HAARP buatan USA itu sendiri. Kalau dilihat dari penerangan “frontend”nya yang terdapat dalam website HAARP, seolah-olah ianya adalah untuk penyelidikan ilmiah.

Sebenarnya, HAARP berkemampuan untuk :

1. Senjata Geofizikal (Geophysical Weapon/Warfare)
2. Boleh “lockdown” misil dan peralatan kapal terbang serta komunikasinya
3. Boleh memusnahkan komunikasi sesebuah negara
4. Pengganggu proses mental manusia (kes seperti pelajar universiti yang mengamuk dan membunuh beberapa pelajar lain)
5. Mind Control (sama seperti (4) di atas)
6. Alat “Ex-Ray” bumi
7. Senjata Elektromagnetik

Senjata Geofizikal :

1. Menghasilkan gempa bumi
2. Menghasilkan taufan dan ribut
3. Menghasilkan satu letupan tanpa misil, bom dan bahanapi yang hampir menyamai kekuatan letupan nuklear tanpa sebarang radiasi (impact bomb).

Adakah anda biasa main game Red Alert (Yuri Revenge) dan Red Alert sebelumnya? Kepada siapa yang pernah bermain game ini ia ada SUPER WEAPON yang hebat…kalau di pihak USA anda akan ada super weapon, WEATHER STORM.. senjata ini akan mengeluarkan kilat yang kuat..manakala di pihak Russia ada senjata MIND CONTROL dan NUKLEAR…kalau dunia reality sekarang weather storm itu = HAARP…senjata mind control adalah salah satu cabang di bawah BLUE BEAM PROJECT.
Peringkat permulaan Blue Beam berkaitan dengan keruntuhan dan kemusnahan semua pengetahuan arkeologikal, KEAGAMAAN dan konsep saintifik klasik. Melalui beberapa siri kejadian alam yang direka secara teknologi seperti gempa di beberapa lokasi tepat di atas planet Bumi yang akan memuntahkan dari perutnya beberapa ‘Penemuan baru’ sebagai dakyah program ini kononnya mendedahkan manusia kepada kesilapan besar pada doktrin keagamaan sedia ada.
Pemalsuan maklumat akan mensasarkan untuk meyakinkan umat manusia bahawa ajaran keagamaan telah disalah intepretasikan dan disalahguna berabad lamanya. Ianya adalah fasa persediaan psikologikal untuk menghancurkan asas agama yang kita amalkan, keimanan dengan kaedah melenyapkan semua penanda aras, dan pada apabila tepat waktunya mereka akan menawarkan suatu agama ‘sebenar’ yang akan menyatukan dan menenangkan umat manusia dengan menyerap semua disiplin agama serta semua kepercayaan.

Fasa Kedua
Tengan teknologi HAARP ini mereka boleh pancarkan imej slaid yang besais besar dan jadikan awan sebagai layar untuk di paparkan pelbagai imej ibarat skrin TV.
Rencana Dajjal itu akan menggunakan teknologi ‘hologram optikal’ disertai bunyian 3-dimensi, memancarkan sinaran laser imej holografik di beberapa tempat di dunia melalui ribuan satelit yang mengorbit Bumi dengan jarak 60 batu dari permukaan.

Imej-imej yang dijana adalah mengikut kepercayaan atau agama rasmi sesebuah negara sebagai contoh di negara yang mengamalkan ajaran agama samawi berkemungkinan dipertontonkan ‘jelmaan’ Nabi Muhammad s.a.w atau Nabi Isa a.s! Begitu juga dengan janaan imej Buddha dan Krishna dipertontonkan.

Dan selepas itu bermulalah kemunculan imej Sang Dajjal yang terbit selepas beberapa ketika imej-imej keagamaan yang muncul sebelumnya akan bersatu dan menjelma dalam bentuk batang tubuh si Kafir Laknatullah. Itu semua bertujuan untuk memesongkan akidah ummat Islam.

Fasa Ketiga
Peringkat selanjutnya adalah juga berkaitan dan pelengkap Fasa Kedua, dimana suatu proses yang kita kenali sebagai ‘telepati’ dijana melalui medium sistem elektronik yang sudah dan sedia ada di sekeliling kita. Pasti anda pernah terlihat menara-menara pemancar yang dikatakan alat telekomunikasi, dibina di mana-mana sahaja seperti bangunan bahkan didirikan seperti pepohon di tepi jalanraya/highway! NASA akan menggodam peralatan-peralatan tersebut untuk menghantar ‘suara Tuhan’ ke dalam sanubari manusia melalui frekuensi ELF, VLF dan LF seolah-olah Sang Tuhan Dajjal menyeru terus kepada mereka.
Selain untuk mendatangkan gempa atau banjir, HAARP ini ternyata dikembangkan sebagai mind control. Penelitian Dr Andrija Puharich di tahun 1956 terhadap kaum Yogi India tentang kemampuan telepati telah diteliti secara ilmiah. Telepati dan hipnotis ini ternyata hanya dengan cara mempengaruhi mangsa dengan frekuensi 8 Hz. Otak manusia didapati boleh di pengaruhi dengan gelombang 8 hz.

Mungkin dengan cara inilah yang dajjal sedang lakukan untuk melakukan mind control terhadap manusia sejagat melalui satelit2 dan pemancar radio di bumi.

Menurut Seorang Pengkaji Dr Rosalie Bertell,biasanya teknologi HAARP akan mengeluarkan kilatan cahaya seakan-akan kilat yang terang ketika gelombang ELF di pancarkan.

12 Mei2008,muncul kilatan cahaya di langit China.Kilatan cahaya terang yang seakan sama juga berlaku di Aceh sebelum berlakunya tsunami besar tahun 2004.

Fasa Keempat
Penipuan peringkat akhir akan dilengkapi dengan agenda pengawalan secara total keatas manusia melibatkan kejadian luarbiasa (supernatural). Dibahagikan lagi kepada tiga pecahan umpan:
i – Mewujudkan kepercayaan terhadap penjajahan makhluk asing (E.T, UFO) keatas manusia di setiap pelusuk bandar utama di dunia.

ii -Pemalsuan seterusnya adalah kejadian-kejadian akhir zaman yang dicatat di dalam Injil akan berlaku dalam bentuk yang menakjubkan. Kedua-dua proses diatas adalah bertujuan bagi mengumpulkan kumpulan manusia yang enggan tunduk kepada fitnah Sang Pemain Boneka sebelum ‘Peristiwa Abad Ini’ bermula.

iii -Umpan ketiga ini adalah pelengkap keempat-empat Fasa dengan mengoptimumkan penggunaan semua jenis alat komunikasi moden untuk memancarkan gelombang bagi melemahkan manusia secara individu dan halusinasi kolektif. SUMBER

1 comment: